Utusan Borneo (Sarawak)

Konvensyen media Sarawak rumus, rangka peranan dalam ekonomi digital

-

Peranan media dalam ekonomi digital bakal dirumus dan dirangka menerusi konvensyen media, kata Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol.

Konvensyen yang masih dalam perancanga­n itu juga akan membentuk kerangka baharu amalandanb­udayamedia,sekaligus membolehka­n media dari pelbagai platform di Sarawak menyumbang ke arah pembanguna­n ekonomi digital.

“Dengan persetujua­n YAB Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg), kita (Unit Komunikasi Awam Sarawak) bercadang untuk mengadakan satu konvensyen media sama ada berskala sederhana atau nasional diadakan di Sarawak,” katanya pada Majlis Ramah Tamah Warga Media bersama Premier Sarawak di sini malam kelmarin.

Ekonomi digital merupakan inisiatif Abang Johari sebagai landasan untuk membolehka­n Sarawak meneroka peluang ekonomi baharu sejajar dengan matlamat memajukan negeri ini.

Dalam konteks pembanguna­n negeri, Abdullah berkata, media mempunyai peranan penting sebagai ejen untuk merapatkan jurang persefaham­an maklumat antara masyarakat dan kepimpinan negeri dan agensi-agensi kerajaan.

Lebih-lebih lagi ketika ini, kerajaan sedang giat berusaha merapatkan jurang keselesaan antara masyarakat bandar dan desa melalui pelaksanaa­n pelbagai projek pembanguna­n.

“Kita mahu masyarakat dihidangka­n dengan maklumat yang tepat dan jelas tentang agenda pembanguna­n serta hala tuju polisi yang dilakarkan oleh kepimpinan negeri.

“Pada masa sama, kita yang mentadbir kerajaan juga mahu maklum balas untuk memahami dan menyelami pandangan, keresahan serta kegelisaha­n masyarakat,” ujarnya.

Beliau yakin, pengamal media setuju antara matlamat kewartawan­an ialah untuk membina sebuah masyarakat yang bermakluma­t dan peka dengan perkembang­an semasa.

Tetapi sebagai pengamal media yang sentiasa komited untuk menyampaik­an maklumat atau berita berinfomas­i serta penyampaia­nberkualit­i,padamasa sama perlu berhadapan cabaran kumpulan-kumpulan tertentu yang menyebar berita-berita atau cerita-cerita menimbulka­n sentimen kebencian, buruk sangka atau bersifat perkauman.

“Maka tanggungja­wab warga media semakin bercabang ke arah menangkis fitnah dan mengurus persepsi. Kegagalan mengurus persepsi serong atau sumbang telah terbukti membawa kesan besar termasuk menjatuhka­n sesebuah kerajaan,” katanya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? MESRA: Abang Johari dan Abdullah berswafoto dengan wartawanwa­rtawan pada Majlis Ramah Tamah Media bersama Premier Sarawak malam kelmarin.
— Gambar Chimon Upon MESRA: Abang Johari dan Abdullah berswafoto dengan wartawanwa­rtawan pada Majlis Ramah Tamah Media bersama Premier Sarawak malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia