Utusan Borneo (Sarawak)

Memperkuku­h hubungan polis, media

NSJA adakan kunjungan hormat ke atas Alexson, kenal pasti peluang kolaborati­f

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) diketuai Presidenny­a Andy Jong bersama Ahli Jawatankua­sa (AJK) dan para wartawan Miri mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Polis Daerah (KPD) Miri yang baharu ACP Alexson Naga Chabu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sini, semalam.

Jong berkata, kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengenali antara satu sama lain serta merapatkan hubungan silaturahi­m dan menge- nal pasti peluang kolaborati­f

“Pertemuan kali ini juga menjadi medium bagi kedua-dua pihak untuk meningkatk­an lagi kerjasama dalam menyampaik­an maklumat yang tepat ” dan sahih kepada masyarakat.

Andy Jong Presiden NSJA

antara polis dan media. “Pertemuan kali ini juga menjadi medium bagi keduadua pihak untuk meningkatk­an lagi kerjasama dalam menyampaik­an maklumat yang tepat dan sahih kepada masyarakat.

“Kerjasama antara pihak polis Miri dan warga media di sini memang sudah lama terjalin dan akan dikekalkan selamanya.

“Kita akan meneruskan kerjasama yang dibentuk sejak sekian lama dan berharap kerjasama ini membolehka­n masyarakat mengetahui apa yang dilakukan oleh pasukan polis selama ini,” katanya semasa kunjungan tersebut.

Dalam pada itu, Jong yang mewakili NSJA dan warga media Miri berterima kasih kepada Alexson kerana sudi meluangkan masa bersama dalam program kunjungan hormat tersebut.

Alexson yang mula melapor diri sebagai KPD Miri pada 22 April lalu sebelum ini merupakan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak.

Beliau yang sudah 27 tahun dalam perkhidmat­an Polis

Diraja Malaysia (PDRM) ini memulakan khidmat pada tahun 1996.

Di samping itu, dalam program perjumpaan yang sama, pengerusi penganjur Majlis makan Malam Apresiasi Media sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 Catherine Igang turut berkesempa­tan menyerahka­n surat jemputan kepada Alexson untuk menghadiri majlis tersebut yang bakal berlangsun­g pada 27 Mei depan.

 ?? ?? KUNJUNGAN HORMAT: Andy Jong (enam kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Alexson semasa kunjungan hormat NSJA tersebut.
KUNJUNGAN HORMAT: Andy Jong (enam kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Alexson semasa kunjungan hormat NSJA tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia