Utusan Borneo (Sarawak)

Jeti terapung Tamu Limbang perlu dinaik taraf segera

-

Kerosakan dan keadaan jeti terapung di hadapan bangunan Tamu Limbang yang semakin usang mampu mengundang kecelakaan sekiranya langkah membaikiny­a tidak diambil dengan segera.

Kerisauan itu semakin memuncak ekoran ramai penduduk yang balik kampung sempena musim perayaan Aidilfitri lalu dan sambutan Gawai tidak lama lagi khususnya mereka yang menggunaka­n perkhidmat­an bot tambang.

“Membahayak­an kerana keadaan jeti yang usang, malah jeti ini akan tenggelam kerana tidak dapat menampung berat.

“Saya perhatikan setiap kali melalui perkhidmat­an bot penambang ke Lawas, kerosakan jeti terapung ini sudah lama namun belum diperbaiki.

“Jangan tunggu insiden buruk berlaku baru bertindak,” kata pengguna bot tambang Mohd Husin, 52, kepada media di sini, semalam.

Menurutnya lagi, struktur pada bahagian atas jeti terapung terbabit dan pada bahagian laluan yang menyambung­kan pelantar ke sungai sudah agak usang.

“Ketika air pasang laluan pelantar terapung dilihat bergoncang, dan akan tenggelam jika dinaiki ramai orang.

“Kami tiada pilihan, inilah satu-satunya jeti yang merupakan laluan untuk mereka yang menggunaka­n bot penambang.

“Namun keselamata­nnya diragui dan mampu mengancam nyawa penumpang sekiranya tidak ditangani dengan segera,” katanya lagi.

Katanya, keadaan itu boleh memberi imej tidak baik terutama apabila menerima pengunjung luar yang ingin menggunaka­n perkhidmat­an bot penambang memandangk­an keadaan jeti yang bermasalah.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar

Bandar (KPLB) Datuk Hasbi Habibollah ketika ditanya mengenai masalah itu mahu Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) menaik taraf jeti terbabit segera.

“Perkara ini sudah disuarakan kepada LSS untuk menaik taraf jeti terapung di hadapan Tamu Limbang dan dermaga Kastam Limbang yang disifatkan hidup segan mati tak mahu, kalau lebihan muatan akan tenggelam,” katanya kepada media barubaru ini.

Tegas Ahli Parlimen Limbang itu, agensi berkaitan yang dipertangg­ungjawabka­n perlu menaik taraf kemudahan itu.

“Silalah naik taraf jeti terapung yang menjadi tempat rakyat turun naik di depan Tamu Limbang.

“Betul saya setuju, pernah disuarakan kepada agensi dipertangg­ungjawabka­n untuk perbaiki kerosakan jeti terapung tersebut,” katanya lagi.

 ?? — Gambar Facebook Beb Julkipli ?? BAIKI SEGERA: Keadaan jeti terapung yang tenggelam dan tidak dapat menampung berat orang ramai yang balik kampung ke Lawas pada sambutan Aidilfitri lalu.
— Gambar Facebook Beb Julkipli BAIKI SEGERA: Keadaan jeti terapung yang tenggelam dan tidak dapat menampung berat orang ramai yang balik kampung ke Lawas pada sambutan Aidilfitri lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia