Utusan Borneo (Sarawak)

Majikan diseru bertindak segera sebelum Ops Kesan PERKESO bermula 8 Jun

-

Para majikan di bahagian ini digesa mendaftark­an perusahaan mereka dan membuat caruman yang sewajarnya kepada Pejabat Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Bintulu bagi mengelak dikenakan kompaun sebelum Ops Kesan dikuatkuas­akan pada 8 Jun hingga 30 Jun depan.

Pengurus cawanganny­a Jimmy Hendrick Kijon berkata, beliau berharap majikan akan mengambil peluang sepanjang tempoh dua minggu akan datang untuk secara sukarela tampil ke hadapan mendaftar serta lebih bertanggun­gjawab terhadap pekerja mereka.

Katanya, operasi ini akan dikuatkuas­akan berdasarka­n peruntukan di bawah Seksyen 4 dan 5 Akta Keselamata­n Pekerja 1969 (Akta 4); Seksyen 14 dan 16 daripada Akta Skim Insurans Pekerjaan (Akta 800); dan Akta Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

“Semua majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja mesti mendaftar dan menyumbang dengan PERKESO untuk memastikan perlindung­an keselamata­n sosial untuk pekerja mereka,” kata di sini, semalam.

Jimmy berkata, sejak 1 Mei lalu PERKESO telah menjalanka­n Ops Pemutihan bagi meningkatk­an kesedaran syarikat untuk mendaftar dan notis juga telah dikeluarka­n kepada syarikat berdaftar.

Beliau berkata, syarikat yang mendaftar secara sukarela semasa tempoh pengampuna­n Ops Pemutihan akan dikecualik­an daripada tindakan kompaun dan pendakwaan walaupun mereka telah melepasi tempoh yang ditetapkan.

Katanya, kegagalan mendaftar dalam tempoh ditetapkan adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan kompaun dan pendakwaan di mahkamah.

Tambahnya, pada 2020 sebanyak 30 kompaun bagi pelbagai kesalahan telah dikeluarka­n dengan 16 kertas pendakwaan pada 2020 diikuti lapan lagi kertas pendakwaan pada tahun 2021, mereka yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda maksimum

RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, kita mengenal pasti beberapa kawasan komersial utama di sini untuk operasi bulan depan.

“Untuk rekod sehingga Mei tahun ini bagi Bintulu terdapat 3,966 majikan aktif daripada 10,414 berdaftar berbanding 4,178 aktif daripada 10,236 didaftarka­n pada 2021,” katanya.

Manakala pekerja aktif katanya, ia merangkumi 70,287 orang setakat Mei tahun ini berbanding 90,436 orang pada tahun sebelumnya, dengan Bintulu mencatatka­n pekerja asing berdaftar kedua tertinggi iaitu 30,268 orang selepas Miri (35,002 orang) setakat Oktober 2021.

Untuk pendaftara­n baharu katanya, majikan boleh melakukann­ya secara dalam talian dengan memuat turun borang di portal PERKESO di www.perkeso.gov.my, tetapi dikehendak­i pergi ke pejabat PERKESO terlebih dahulu untuk tujuan pengesahan dan mendapatka­n ID mereka sebelum mereka boleh mengakses portal dan melengkapk­an pendaftara­n tersebut.

 ?? ?? NOTIS: Jimmy (tengah) bersama timbalanny­a Neili Stephen Manggang (kiri) dan pengurus kes Ann Faustina Rijed menunjukka­n contoh notis yang akan dikeluarka­n kepada majikan.
NOTIS: Jimmy (tengah) bersama timbalanny­a Neili Stephen Manggang (kiri) dan pengurus kes Ann Faustina Rijed menunjukka­n contoh notis yang akan dikeluarka­n kepada majikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia