Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Britain, Romania tangkap 14 suspek pemerdagan­gan seks

-

Polis Britain dan Romania kelmarin menahan 14 suspek dalam serbuan serentak ke atas penjenayah terancang yang terlibat dalam pemerdagan­gan seks, kata Polis Metropolit­an London (Met).

Polis menyerbu beberapa hartanah di London, termasuk kawasan kejiranan Kensington dan Chelsea pada awal kelmarin, menahan dua lelaki dan empat wanita, berusia antara 25 dan 39 tahun, kata pasukan itu.

“Mereka yang ditangkap dipercayai memperdaga­ngkan wanita dari Romania ke UK bertujuan untuk eksploitas­i seksual dengan menjalanka­n perniagaan yang dikatakan sebagai pengiring berkelas tinggi di London,” tambahnya.

DuawanitaR­omaniadite­mui di dalam bangunan dan telah mendapat bantuan polis, dengan dadah, wang tunai dan pedang samurai dirampas.

Polis Romania melakukan serbuan ke atas kumpulan jenayah terancang yang sama di Romania, menahan tujuh lelaki dan seorang wanita serta merampas beberapa kereta mewah, wang dan harta benda.

Kumpulan ini ditubuhkan di ibu negara Bucharest dan sudah aktif sejak 10 tahun yang lalu, kata direktorat antimafia Romania (DIICOT).

“Mangsa diiklankan di pelbagai laman sesawang pengiring di UK dan digambarka­n sebagai mereka yang menyediaka­n perkhidmat­an seksual,” kata direktorat itu.

Ia menambah bahawa suspek menjana kira-kira tiga juta euro daripada kegiatan mengeksplo­itasi mangsa.

Sebahagian daripada mangsa ialah gadis bawah umur dan tidak mempunyai perlindung­an sosial, termasuk seorang gadis Romania berusia 17 tahun yang mana suspek telah melakukan hubungan seksual, merakamnya dan kemudian menggunaka­n rakaman itu untuk memerasnya, kata DIICOT. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia