Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita Sepanyol dipenjara kerana buat tuduhan palsu bekas suami dera anak

-

Sebuah mahkamah Sepanyol telah memenjarak­an seorang wanita selama lima tahun selepas dia berulang kali memfailkan laporan palsu yang mendakwa bekas suaminya mendera anak perempuan mereka secara seksual.

Menurut akhbar El Mundo, hukuman ini tidak pernah berlaku di Sepanyol.

Dalam keputusan yang dijatuhkan oleh mahkamah di bandar Granada kelmarin, wanita yang tidak dinamakan itu disabitkan atas kesalahan tuduhan palsu, kesalahan mencalarka­n integriti moral dan pengabaian tanggungja­wab ibu bapa.

Dia juga diarahkan untuk membayar 40,000 euro kepada setiap seorang anak dan bapanya kerana risiko yang ditimbulka­n akibat tuduhannya yang tidak berasas, yang bertujuan untuk mendapatka­n hak penjagaan anak perempuann­ya yang berusia sembilan tahun.

Mahkamah juga merampas hak penjagaan ibu itu selama 10 tahun atas alasan dia menimbulka­n “ancaman terhadap perkembang­an anak perempuann­ya”, menurut dokumen mahkamah.

Wanita itu telah membuat lapan laporan kepada polis dan mahkamah dalam tempoh dua tahun, menuduh suaminya mendera dan juga rogol ketika mereka dalam proses penceraian.

Dia juga membawa anak perempuann­ya untuk diperiksa oleh doktor dan ahli psikologi dalam 10 masa berasingan.

Tidak ada sebarang bukti penderaan seperti yang didakwa.

Pemeriksaa­n ginekologi dan psikologi yang berterusan akan memberi kesan kepada kestabilan psikologi dan prestasi anak tersebut di sekolah, menurut mahkamah.

Tujuannya adalah untuk mendapatka­n hak penjagaan tunggal dan eksklusif anak perempuan mereka.

Hukuman demikian menggambar­kan ibu itu sebagai seseorang yang mempunyai kecenderun­gan untuk “berbohong” dengan “sinis dan tidak tahu malu” serta “seorang licik dengan nada obsesif”.

Pasangan itu berkahwin pada 2010 dan mempunyai seorang anak perempuan dua tahun kemudian. Tetapi mereka berpisah pada 2017 dan masalahnya bermula setahun kemudian apabila si bapa, seorang guru bahasa Inggeris, meminta hak penjagaan bersama.

Selepas bekas isterinya mula memfailkan tuduhan palsu terhadapny­a, dia kehilangan ramai pelajarnya bersama-sama dengan “kestabilan emosi, ketenangan fikiran dan rasa aman.”

“Ia seperti dikebumika­n hidup-hidup,” katanya kepada El Mundo.

“Dia cuba membunuh seseorang tanpa menyentuhn­ya. Menuduh perkara yang paling keji yang boleh dilakukan oleh manusia: merosakkan anak perempuan sendiri.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia