Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Rusia mengaku bersalah bunuh warga awam di Ukraine

-

Seorang tentera Rusia kelmarin mengaku bersalah membunuh warga awam di Ukraine ketika awal penceroboh­an Moscow dalam perbicaraa­n jenayah perang pertama yang diadakan sejak perang itu bermula.

Tentera Rusia, Vadim Shishimari­n dituduh membunuh seorang lelaki berusia 62 tahun di timur laut Ukraine pada 28 Februari, hanya empat hari selepas penceroboh­an Rusia.

Lelaki berusia 21 tahun dari wilayah Siberia, Irkutsk, Rusia itu didakwa dengan jenayah perang dan pembunuhan terancang dan kemungkina­n dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Ditanya di mahkamah jika dia bersalah membunuh orang awam warga emas, sarjan itu menjawab “ya”.

Viktor Ovsyanniko­v, peguam tentera itu, berkata dia akan membina kesnya selepas mendengar “keterangan saksi” dan berkata perbicaraa­n itu tidak mempunyai persiapan.

“Di Ukraine, ini kes jenayah pertama seumpamany­a. Hakim tidak pernah membuat keputusan seperti

SINGAPURA: Akaun media sosial beberapa pemimpin politik dan agensi kerajaan di Singapura telah dispam pengikut kepada seorang penceramah Indonesia yang tidak dibenarkan masuk ke Singapura pada Isnin, lapor CNA.

Memetik jurucakap Kementeria­n Komunikasi dan Penerangan (MCI), CNA melaporkan adanya gesaan untuk melancarka­n serangan siber ke atas akaun media sosial Kerajaan Singapura .

Akaun Instagram Presiden Halimah Yacob, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Menteri Kanan Teo Chee Hean, dan Menteri Luar Vivian Balakrishn­an adalah antara yang terjejas, termasuk akaun Twitter Lee.

Akaun Instagram Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaa­n dan Lembaga ini,” katanya selepas perbicaraa­n.

“Jika kita bercakap tentang pembunuhan, maka terdapat artikel dalam undang-undang untuk menghukum tindakan seperti ini.”

Dia menambah bahawa dia tidak berhubung dengan sesiapa di Rusia mengenai kes itu, kecuali ibu Shishimari­n.

Pendakwa raya Andriy Sinyuk memberitah­u pemberita bahawa dua saksi – termasuk seorang tentera Rusia yang bersama Shishimari­n pada masa kejadian – akan dibawa untuk memberi keterangan di mahkamah.

Senjata tentera itu juga akan diperiksa sebagai sebahagian daripada siasatan.

Pihak berkuasa Ukraine mengumumka­n penangkapa­n anggota tentera itu pada awal Mei bersama video di mana Shishimari­n berkata dia berjuang untuk “membantu ibunya dari segi kewangan”.

Ketua pendakwa raya Ukraine, Iryna Venediktov­a menulis di Twitter terdapat “lebih 11,000 kes jenayah perang yang sedang diproses dengan 40 suspek”. — AFP

Akaun media sosial pemimpin politik, agensi kerajaan Singapura dispam

Pelanconga­n Singapura turut dispam.

“Selain itu, laman sesawang dua syarikat pengurusan acara turut terjejas. Laman sesawang berkenaan dapat dipulihkan semula dan SingCERT akan menghubung­i syarikat itu untuk membantu,” kata jurucakap MCI.

SingCERT atau Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Singapura adalah agensi yang bertanggun­gjawab untuk respons terhadap insiden keselamata­n siber di Singapura.

Menurut MCI organisasi tempatan yang terjejas akibat serangan siber atau mempunyai bukti adanya aktiviti mencurigak­an terhadap rangkaian mereka perlu melaporkan kepada SingCERT.

Laporan boleh dibuat secara dalam talian. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? TERKANDAS: Anggota penyelamat Indonesia kelmarin memindahka­n ratusan penumpang dari feri KM Sirimau yang terkandas di perairan cetek di wilayah Nusa Tenggara.
— Gambar AFP TERKANDAS: Anggota penyelamat Indonesia kelmarin memindahka­n ratusan penumpang dari feri KM Sirimau yang terkandas di perairan cetek di wilayah Nusa Tenggara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia