Utusan Borneo (Sarawak)

Telemovie khas ‘Kerana Aku Seorang Ibu’ malam esok di TV1

-

SEORANG

ibu sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada anakanak mereka. Namun hakikatnya sebaik manapun mereka, mereka tetap manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesalahan, tidak lari daripada mengeluh dan tidak lari daripada dibantah keras oleh Zainal.

Sebenarnya Zainal berharap kesempatan itu digunakan oleh Maria untuk mengeratka­n semula hubungan dengan anak-anak mereka.

Seterusnya kisah Anita, guru sekolah menengah yang baru berpindah ke Kuala Lumpur bersama dua orang anaknya, Juwita dan bayi, Sara. Juwita melanjutka­n pengajian ke kolej dan waktu yang sama dia membantu ibunya menguruska­n rumah dan Sara.

Dari mata kasar Anita, Juwita dan Sara kelihatan bahagia dan sempurna namun tiada sesiapa pun yang tahu bahawa Sara bukanlah anak Anita tetapi anak Juwita.

Kisahnya berkembang dengan watak Juwita yang cuba menyesuaik­an diri sebagai seorang ibu muda dan dalam masa yang sama masih bergelar pelajar kolej. Dia menyimpan rahsia telah diperkosa teman sekolahnya di kampung yang menyebabka­nnnya mengandung dan melahirkan Sara.

Dunianya yang cerah bertukar menjadi mendung. Mujur naluri keibuan Anita kuat memberikan semangat kepada Juwita kerana sedar apa yang berlaku takdir Allah.

Mereka berhijrah ke Kuala Lumpur meneruskan kehidupan baru dan Juwita kembali meneruskan pengajian di kolej dan salah seorang sahabat barunya adalah Ezra.

Sementara itu Julia pula seorang ibu tiri yang hidup bahagia bersama anak tirinya, Talia.

Julia cuba sedaya upaya untuk mencurahka­n kasih sayang kepada anak tirinya itu apatah lagi dia telah beberapa kali keguguran. Dia melayan Talia bagai anaknya sendiri dan tidak mahu berenggang.

Hakikatnya Talia mula rasa rimas dengan situasi itu. Lalu apakah kesudahan jalur cerita mereka? Ikuti kesudahann­ya di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my).

Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ?? ?? DEEPIKA PADUKONE
DEEPIKA PADUKONE
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia