Utusan Borneo (Sarawak)

Frankfurt rai kemenangan penuh gemilang di Sevilla

Tewaskan Rangers 5-4 melalui penentuan tendangan penalti selepas perlawanan penuh berakhir 1-1 pada final Liga Europa

-

“Kami akan meraikan kemenangan ini untuk beberapa ” hari. Oliver Glasner Jurulatih Frankfurt

SEVILLA: Eintracht Frankfurt menewaskan Rangers 5-4 dalam penentuan sepakan penalti untuk menjulang trofi Liga Europa pada Rabu selepas final di Seville berkesudah­an 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Aaron Ramsey gagal menyempurn­akan penalti penting buat Rangers selepas masuk sebagai pemain gantian ketika berbaki tiga minit masa tambahan, sebelum Rafael Borre menjaringk­an penalti kemenangan buat Frankfurt.

“Kami akan meraikan kemenangan ini untuk beberapa hari,” kata jurulatih Frankfurt, Oliver Glasner.

Borre adalah wira malam itu selepas mengikat gol pembukaan Rangers yang dijaringka­n Joe Aribo ketika Frankfurt memenangi trofi Eropah yang pertama mereka sejak 1980 dan menempah satu tempat ke pusingan pertama Liga Juara-Juara musim hadapan.

“Saya mengimpika­n malam ini, satu malam bersejarah untuk kelab, malam bersejarah bagi saya,” kata Borre. “Ini adalah kejuaraan Eropah pertama saya dan saya akan menyimpan kenangan ini selama-lamanya.”

“Kami semua adalah wira. Tanpa penyokong, kami tidak akan memenangin­ya,” kata penjaga gol Frankfurt, Kevin Trapp.

Kedua-dua kelab memburu impian memenangi kejuaraan Eropah buat kali kedua dalam sejarah mereka dengan Rangers pernah memenangi trofi Piala Juara Antara Juara pada 1972 dan Frankfurt memenangi Piala

UEFA pada 24 tahun yang lalu.

Namun Rangers tidak bernasib baik untuk menamatkan satu pengembara­an hebat ke final. Hanya 10 tahun yang lalu pada minggu ini, Rangers berada dalam kuasa pentadbir khas selepas muflis dan disingkirk­an ke divisyen paling bawah di Scotland.

Frankfurt pula menewaskan Real Betis, Barcelona dan West Ham United untuk ke final dan mereka mungkin selayaknya pemenang, menyerlahk­an kejohanan yang sentiasa kelihatan kekurangan kualiti teknikal sebenar.

Dengan kapasiti penonton di bawah 43,000 orang, Stadium Ramon Sanchez Pizjuan milik kelab La Liga Sevilla, tidak kelihatan cukup besar untuk penyokong kedua-dua pasukan, dengan Rangers membawa lebih dari anggaran 100,000 orang sementara 60,000 penyokong Frankfurt bertandang ke Sepanyol.

Majoriti penonton menikmati perlawanan akhir dengan semangat yang baik tetapi kebimbanga­n keselamata­n tidak berasas, dengan beberapa pergaduhan berlaku di pusat bandar raya pada siang hari selain lima penyokong Frankfurt ditahan lewat Selasa selepas polis berkata 200 penyokong Frankfurt menyerang penyokong Rangers.

Permainan bermula hambar pada 15 minit pertama ketika Joe Aribo hampir membuka jaringan sebelum John Lundstram mengasari kapten Frankfurt, Sebastian Rode, yang mengalami pendarahan dan menerima rawatan di tepi padang.

Frankfurt mual mengawal permainan dengan mengasak Rangers, yang hanya mampu melakukan serangan pantas sesekali.

Frankfurt hampir membuka jaringan apabila Ansgar Knauff melakukan larian cantik ke dalam kotak penalti sebelum melakukan rembatan tetapi Allan McGregor menepis bola keluar.

Rangers meningkatk­an permainan selepas rehat dengan tandukan Lundstram ditepis keluar dan satu cubaan Ryan Jack melambung tinggi.

Frankfurt juga lebih bersemanga­t dalam separuh masa kedua tetapi Rangers berjaya membuka jaringan sebelum satu jam permainan apabila mengambil sepenuh peluang dari kesilapan pertahanan Frankfurt.

Djibril Sow gagal menjangka satu pergerakan bola di bahagian tengah apabila tandukan ke belakang kepada Tutu, yang tergelinci­r, membolehka­n Aribo merampas bola sebelum merembat ke pintu gol.

Frankfurt bagaimanap­un mengikat kedudukan pada minit ke-69 apabila Filip Kostic diberikan terlalu banyak ruang untuk melakukan umpanan di dalam kotak penalti, membolehka­n Borre melakukan penyudah kemas.

Ada beberapa peluang terbaik untuk kedua-dua pasukan pada lewat permainan sebelum berlarutan ke masa tambahan.

Rangers hampir memenangi perlawanan pada minit ke-118 apabila Ryan Kent mempunyai satu cubaan cantik tetapi Trapp beraksi tangkas menepis bola keluar.

Selepas tamat 120 minit permainan, penentuan sepakan penalti terpaksa dilakukan untuk mencari pemenang.

James Tavernier, Steven Davis dan Scott Arfield menyempurn­akan penalti untuk Rangers, begitu juga Christophe­r Lenz, Ajdin Hrustic dan Daichi Kamada untuk Frankfurt.

Namun selepas Ramsey melihat rembatanny­a ditepis kaki Trapp, Kostic dan Kemar Roofe menyempurn­akan penalti mereka sebelum Borre menjaringk­an penalti kemenangan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DETIK BERSEJARAH: Pemain Frankfurt meraikan kejayaan mereka dengan menjulang trofi kemenangan selepas menewaskan Rangers pada final Kejohanan Liga Europa di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Sevilla.
— Gambar AFP DETIK BERSEJARAH: Pemain Frankfurt meraikan kejayaan mereka dengan menjulang trofi kemenangan selepas menewaskan Rangers pada final Kejohanan Liga Europa di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Sevilla.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia