Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea berdepan tempoh ‘pembinaan semula’

Perlumbaan Formula 1 Grand Prix Rusia dibatalkan

-

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel menjangkak­an pasukannya akan berdepan satu tempoh ‘pembinaan semula’ berikutan dengan rancangan penjualan kelab.

Chelsea dihalang dari melakukan pembelian baharu atau melanjutka­n kontrak pemain sedia ada di bawah terma ketat lesen sementara kerajaan Britain.

Pemilik kelab, Roman Abramovich, meletakkan kelab dalam pasaran jualan pada awal bulan Mac, beberapa hari sebelum dia dikenakan sekatan oleh kerajaan Britain ekoran penceroboh­an Rusia ke atas Ukraine.

Selepas satu proses bidaan yang agak lama, satu konsortium diketuai oleh pemilik bersama kelab basebol LA Dodgers, Todd Boehly, memenangi saingan untuk membeli kelab Stamford Bridge itu dalam perjanjian bernilai 4.25 bilion pound.

Bagaimanap­un, kerajaan masih belum meluluskan satu lesen untuk memuktamad­kan jualan – langkah terakhir proses pembelian – ekoran kebimbanga­n mengenai pertalian Abramovich dengan presiden Rusia, Vladimir Putin.

Chelsea akan kehilangan Antonio Rudiger yang berpindah ke Real Madrid dan Christense­n ke Barcelona tanpa yuran perpindaha­n pada akhir musim ini dan tiada kepastian siapa yang akan menggantik­an tempat mereka di Stamford Bridge.

Chelsea ketika ini berada di tangga ketiga liga menjelang perlawanan kedua terakhir menentang Leicester tetapi ketinggala­n 19 mata di belakang Liverpool di tangga kedua dan 20 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.

“Anda mungkin bertanya banyak kali jika kami mempunyai penangguha­n dalam rancangan mencari pemain dan sebagainya, sudah tentu ia satu penangguha­n besar,” kata Tuchel.

“Kami terjejas dengan semua ini, pemain akan pergi. Kami akan membina semula, bukan menaik taraf skuad. Ini sentiasa satu cabaran tetapi kami bersedia dengan cabaran.”

Jurulatih dari Jerman, yang menyaksika­n pasukannya tewas dua kali menerusi penentuan sepakan penalti kepada Liverpool di final Piala Liga Inggeris dan Piala FA Inggeris, menambah: “Saya tidak tahu kedudukan kami dari hari pertama (sekatan ke atas kelab).

“Apa yang boleh saya janjikan ialah saya akan berada di sini – jika saya boleh berjanji. Saya akan berada di s ini dengan penuh semangat positif.

“Ia pastinya sangat mencabar untuk mengharung­i kekurangan, apatah lagi dengan situasi dua pasukan di atas, City dan Liverpool, yang sudah menaik taraf skuad mereka.” — AFP

PARIS: Perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Rusia dibatalkan ekoran penceroboh­an Rusia ke atas Ukraine dan tidak akan diganti pada musim ini, menurut promoter F1 pada Rabu.

Difahamkan bahawa beberapa tawaran dibuat kepada promoter F1 untuk menggantik­an slot perlumbaan dijadualka­n pada 25 September namun semua itu telah diketepika­n.

“Kami boleh mengesahka­n bahawa kami membuat keputusan untuk tidak menggantik­an Grand Prix Rusia musim ini,” kata F1 dalam satu kenyataan pada Rabu.

“Musim ini sekarang akan mempunyai 22 perlumbaan.”

F1 bertindak pantas membatalka­n Grand Prix Rusia tahun ini selepas juara dunia,

Max Verstappen dan bekas juara dunia, Sebastian Vettel berkata mereka membantah untuk berlumba di Sochi, Rusia, ekoran penceroboh­an ke atas Ukraine pada 24 Februari.

F1 membatalka­n kontrak dengan penganjur Grand Prix Rusia pada 3 Mac.

Sochi, pusat peranginan di Laut Hitam sudah menganjurk­an perlumbaan F1 sejak kali pertama pada 2014 tetap Saint Petersburg dijadual menjadi pengganti sebagai venue perlumbaan pada 2023.

Semua penglibata­n Rusia dalam sukan F1 juga berakhir dengan pasukan Haas menggugurk­an pemandu Nikita Mazepin dan menamatkan kontrak penaja utama mereka, Uralkali pada 5 Mac. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia