Utusan Borneo (Sarawak)

Muhammad Azeem mohon maaf atas kesilapan ‘false start’ dalam acara 100m

-

Pelari pecut muda negara, Muhammad Azeem Fahmi memohon maaf atas kesilapann­ya melakukan ‘false start’ atau salah mula pada separuh akhir acara 100m lelaki Sukan SEA ke31 di sini, semalam.

Atlet berusia 18 tahun itu, menerusi media sosialnya, turut mengakui beliau terlalu kecewa sehingga tidak dapat mengawal emosinya selepas penyertaan beliau dibatalkan di Stadium Nasional My Dinh.

“Pertama sekali saya ingin memohon maaf atas kelemahan diri yang tidak berjaya mengawal emosi ketika disingkirk­an tadi. Terlalu kecewa dengan diri sendiri yang tak mampu memulakan larian atas faktor ‘false’.

“Saya minta maaf kepada sesiapa yang terkena tempias ‘emosi’ saya ketika di stadium. Insya-Allah berkat doa-doa kalian akan membawa saya ke arah kejayaan yang lebih berharga di masa akan datang. Terima kasih Malaysia,” menurut catatannya di Instagram.

Semalam, Muhammad Azeem, yang diberi julukan ‘Usain Bolt Malaysia’ itu, dilihat terlalu kecewa dan tidak dapat mengawal emosinya selepas disingkirk­an daripada larian separuh akhir kedua.

Bagaimanap­un, ketua jurulatih olahraga kebangsaan Manshahar Abdul Jalil menjelaska­n bahawa penjelasan pengadil dan pegawai teknikal (TD), selepas pemeriksaa­n laporan peralatan teknikal membuktika­n bahawa Muhammad Azeem memang membuat kesilapan tanpa disedariny­a.

Beliau berkata waktu reaksi Muhammad Azeem 0.058 saat lebih awal sebelum pistol pelepasan dibunyikan dan kakinya tidak menjejak blok permulaan ketika tembakan pistol.

Dengan seorang lagi wakil negara, Muhammad Arsyad Md Saat mengalami kecederaan pangkal paha ketika separuh akhir pertama, dan menamatkan saingan final pada kedudukan keenam dengan catatan 10.69s, Malaysia gagal mempertaha­nkan gelaran ‘Raja Pecut Asia Tengara’ semalam.

Pelari muda berusia 16 tahun yang digelar ‘Thai Wonderkid’ Puripol Boonson muncul Juara Pecut Asia Tenggara dengan catatan 10.44 saat (s), manakala rakan sepasukann­ya Soraoat Dapbang (10.56s) meraih perak dan Marc Brian Louis dari Singapura membawa pulang gangsa (10.56s) berdasarka­n ‘photo finish’.

Malaysia mengunggul­i acara riben biru itu bagi dua edisi sebelum ini menerusi Khairul Hafiz Jantan pada 2017 di Kuala Lumpur dan Muhammad Haiqal Hanafi di Filipina pada 2019. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia