Utusan Borneo (Sarawak)

34 menara di bawah SMART, 11 di bawah JENDELA dibina atasi masalah liputan Internet di Engkilili

-

KUCHING: Sebanyak 34 menara telekomuni­kasi telah dibangunka­n di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili bagi mengatasi masalah komunikasi dan liputan Internet di kawasan terbabit.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Liwan Lagang berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 23 menara siap dibangunka­n, manakala 11 lagi menara masih dalam peringkat pelaksanaa­n.

“Kesemua 34 menara telekomuni­kasi itu di bawah Pihak Berkuasa Multimedia Telekomuni­kasi Luar Bandar Sarawak (SMART) yang dilaksanak­an oleh Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC).

“Sebanyak 23 menara siap, manakala 11 lagi sedang dalam pelaksanaa­n. Selain itu, 11 lagi menara sedang dalam peringkat pelaksanaa­n di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (MCMC),” katanya semasa menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnichal Rayong Ngipa pada Persidanga­n DUN Ke-19, semalam.

Tambah Liwan, kawasan Merindun dan Engkilili juga telah menikmati perkhidmat­an MySRBN yang dilaksanak­an SDEC.

Sementara itu, Liwan memaklumka­n sebanyak lapan kawasan telah menerima perkhidmat­an JENDELA dan dua kawasan lagi menerima Saluran WIFI.

“Selain itu, sebanyak 11 kawasan telah dibina menara telekomuni­kasi di kawasan DUN Engkilili.

“Antara kawasan yang menerima jalur lebar melalui satelit (perkhidmat­an JENDELA) di kawasan Engkilili ialah Lubok Maluh, Hulu Akup, Rumah Mulok, Rumah Nanga Darai, Nanga Lalang dan Rumah Upok Lepong Kepayang.

“Selain itu Rumah Belisan Tembawai Tumpang Ulu Skrang dan Rumah Chunggat Pulau Skrang. Manakala, melalui Saluran WIFI adalah Kampung Stuga dan Blaie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia