Utusan Borneo (Sarawak)

GPS sentiasa siap sedia hadapi PRU15

Semua parti komponen harus bergerak seiring, kukuh agar menang semua 31 kerusi: Abang Johari

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) siap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan diadakan bila-bila masa.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sekiranya semua parti komponen GPS bekerjasam­a dan kekal bersatu, sudah pasti komponen parti akan memenangi kesemua 31 kerusi Parlimen yang akan ditandingi.

“Setiap kali pilihan raya, GPS sentiasa sedia bila-bila masa. Justeru, saya harap kita semua dalam GPS bersatu hati, satu minda untuk menghadapi pilihan raya ini.

“Kemudian kita akan mempunyai suara yang kuat. Kita telah mencapai banyak perkara dalam rundingan kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Persidanga­n Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Ke-25 di Ibu Pejabat SUPP di sini, semalam.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian yang juga Presiden SUPP serta perwakilan SUPP yang lain.

Sehubungan itu, Abang Johari mengingatk­an semua pemimpin dalam parti komponenny­a yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), SUPP, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) supaya bergerak seiring dan mengetepik­an kepentinga­n peribadi terutama dalam soal pencalonan sebagai calon pilihan raya.

Pengerusi GPS itu yakin dengan perpaduan yang kukuh dalam kalangan parti komponen, pembangkan­g tidak akan mampu memenangi sebarang kerusi.

“Sebab itu, kita mesti bergerak seiring dan kita mesti mempunyai objektif yang sama. Setelah kepimpinan tertinggi memutuskan siapa yang akan menjadi calon, sokong habis-habisan dan jangan sabotaj.

“Jadi kita harus bertindak seiringan terutama pada masa pilihan raya.

“Saya telah melalui proses itu. Saya ketepikan kepentinga­n peribadi kerana kepentinga­n rakyat lebih penting daripada saya,” katanya.

Justeru, beliau berharap SUPP dapat memenangi semua kerusi yang diperuntuk­kan kepada mereka memandangk­an GPS berharap untuk mempunyai platform yang lebih kukuh untuk berunding dalam mempertaha­nkan hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC) 1962.

Beliau berkata, Sarawak bertuah kerana mempunyai kestabilan politik yang kukuh, tidak seperti isu politik di peringkat persekutua­n yang menyaksika­n Perdana Menteri bertukar tiga kali dalam tiga tahun.

Menurutnya, sokongan GPS diperlukan untuk menentukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri dan kini ia akan memainkan peranan besar dalam PRU15 akan datang.

“Dasar kita jelas. Sarawak adalah keutamaan kita dan itu akan menjadi platform kita untuk rundingan selanjutny­a.

“Kita bukan antipersek­utuan. Kita hanya memperjuan­gkan apa yang ada dalam MA63 termasuk IGC. Itu semua tidak lebih daripada itu dan tidak kurang daripada itu,” katanya.

Mengenai SUPP, beliau gembira melihat parti itu kini kembali kukuh selepas memenangi banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) lalu termasuk menyapu bersih Pujut, Senadin dan Piasau di Miri serta merampas semula Tanjung Batu di Bintulu.

“Ini bermakna SUPP telah mendapat semula keyakinan rakyat Sarawak khususnya masyarakat Cina. Maknanya kita dah buat dengan baik. Dasar kita sangat inklusif termasuk isu pendidikan sekolah Cina yang diperjuang­kan SUPP dan kerajaan Sarawak telah bertindak balas terhadap isu ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Abang Johari berkata, Sarawak berpotensi menghasilk­an biofuel dan ia bakal menjadi satu lagi aliran pendapatan untuk negeri ini.

Menurutnya, penghasila­n biofuel boleh dilakukan dengan menggabung­kan karbon dioksida dan alga.

“Dalam karbon, bukan semua gasnya adalah bahan buangan, tetapi boleh diguna semula dan apabila anda menggabung­kannya dengan alga, ia dapat menghasilk­an biofuel.

“Oleh itu, kita mungkin akan mengeluark­an biofuel, jadi jangan risau kerana ini pastinya akan mengukuhka­n ekonomi terutamany­a ke arah ekonomi hijau,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Tanah Negeri (Pindaan) 2022 yang membenarka­n negeri Sarawak mengawal penyimpana­n karbon.

Menurutnya, negara Korea telahpun menunjukka­n minat untuk menyimpan karbon mereka di sini.

“Semalam (20 Mei) saya telah berjumpa dengan pihak Korea dan pihaknya telah memaklumka­n bahawa mereka banyak mengeluark­an karbon dan mereka mahu menyimpann­ya di negeri kita.

“Saya memberitah­u mereka, selepas kajian teknikal dilakukan dan apabila transforma­si geologi dibenarkan berserta dengan kapasiti yang ada, mereka boleh menyimpan karbon di Sarawak,” katanya.

Dengan itu katanya, ia akan menjadi satu lagi sumber pendapatan kepada Sarawak.

“Oleh itu, tidak perlu bimbang dengan dakwaan Sarawak akan muflis seperti yang dikatakan oleh pihak tertentu sebelum ini,” katanya.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? PERSIDANGA­N: Abang Johari dan Dr Sim memotong kek sempena Persidanga­n Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Ke-25 semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi PERSIDANGA­N: Abang Johari dan Dr Sim memotong kek sempena Persidanga­n Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Ke-25 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia