Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh warga asing ceroboh pelantar minyak di perairan Bintulu diberkas

-

Angkatan Pertahanan Maritim Malaysia (APMM) Zon Sarawak berjaya menahan sekumpulan penceroboh di kawasan pelantar minyak terbiar di perairan Bintulu pada Khamis lalu.

Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, tangkapan itu dilakukan menerusi Ops Pelantar Merah 1/2022 susulan aduan yang diterima daripada orang ramai.

Menurutnya, sejurus menerima laporan berkenaan, Maritim Malaysia mengatur gerak Kapal Maritim (KM) Arau ke lokasi kejadian bagi meninjau tempat kejadian serta kawasan pelantar dan perairan Bintulu.

“Semasa pemantauan dilakukan, sebuah vesel nelayan tanpa nombor pendaftara­n dikesan dan bergerak dari sebuah pelantar berkenaan dalam keadaan mencurigak­an sekitar jam 10.30 pagi.

“KM Arau bagaimanap­un mengambil masa hampir dua jam mengejar vesel berkenaan yang cuba melarikan diri sebelum berjaya memberhent­ikannya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung penceroboh­an di platform terbiar Bintulu di Bilik

Perhimpuna­n Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) Muara Tebas di sini, semalam.

Hadir sama, Penolong Pengarah Kanan Operasi Maritim Sarawak Leftenan Komander Maritim Jesica Beludi, Pegawai Memerintah KM Sri Aman Leftenan Komander Md Nor Ismail dan Penolong Pengarah Komunikasi Korporat Maritim Sarawak Leftenan Madya Maritim Alexcis Teo.

Jelas Zin Azman, hasil pemeriksaa­n dan penggeleda­han yang dilakukan ke atas vesel berkenaan mendapati ia membawa tujuh warga asing dari negara jiran.

“Pihak berkuasa turut menemui beberapa peralatan yang disyaki milik pelantar minyak yang dilaporkan hilang oleh pengadu dari pelantar minyak berkenaan.

“Antara barangan yang ditemui ialah kabel kuasa, pakaian ‘overall,’ selimut dan barangan lain yang tertulis nama pelantar yang diceroboh seperti telefon satelit, radio serta jaket keselamata­n,” jelasnya sambil menambah anggaran kos kerugian melibatkan penceroboh­an ini sekitar RM50,000.

Jelasnya, kesemua suspek kini ditahan di Pusat Tahanan Vesel Maritim Bintulu bagi siasatan dan tindakan lanjut.

Ujarnya, kes masih dalam siasatan dan akan disiasat di bawah Seksyen 378 Akta Kanun Keseksaan kerana disyaki mencuri dan kes turut disiasat di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat

Larangan 1959 (Akta298) kerana menceroboh pelantar yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan.

Pada masa sama, beliau menegaskan Maritim Malaysia tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak sama ada warga tempatan atau warga asing yang melakukan jenayah berkenaan.

“Ini kerana aktiviti penceroboh­an seperti ini boleh menjejaska­n operasi pelantar selain memberi kesan sampingan kepada pertumbuha­n ekonomi negara serta keyakinan pelabur terhadap keselamata­n perairan negara.

“Sehubungan itu, Maritim Malaysia memandang serius terhadap aktiviti jenayah dan penceroboh­an yang berpotensi memberi kesan buruk kepada hasil negara,” tegasnya lagi.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? CEROBOH: Zin menunjukka­n kedudukan vesel yang ditahan oleh Maritim Malaysia di perairan Bintulu.
KUCHING:
— Gambar Muhammad Rais Sanusi CEROBOH: Zin menunjukka­n kedudukan vesel yang ditahan oleh Maritim Malaysia di perairan Bintulu. KUCHING:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia