Utusan Borneo (Sarawak)

30 penghuni hilang tempat tinggal, rumah musnah terbakar

-

Seramai 30 orang penghuni hilang tempat berteduh apabila sebuah rumah yang didiami mereka musnah dalam kebakaran di Sungai Perik, Jalan Sepupok Niah, dekat sini malam kelmarin.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee berkata selain rumah, kebakaran turut memusnahka­n enam buah motosikal dan sebuah kereta.

“Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah diketuai Ketua Balainya Pegawai Bomba Tinggi II Rary Binjie bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sekitar 12 kilometer dari balai sejurus menerima panggilan kecemasan kirakira jam 10.10 malam.

“Setibanya pasukan bomba ke lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur tidak kekal, dua tingkat dengan mempunyai lapan bilik berukuran 40 kali 50 kaki telah musnah 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Ahmad Nizam berkata semua mangsa terlibat selamat dan tidak mengalami kecederaan kerana berjaya keluar menyelamat­kan diri semasa kejadian berlaku.

“Setelah pemeriksaa­n dilakukan, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran tersebut menggunaka­n satu aliran 200 kaki dua nozel pam jentera dan pam angkut air terbuka sehingga kebakaran dapat dikawal dan kemudianny­a dipadam sepenuhnya.

“Pasukan bomba kemudianny­a membuat kerjakerja pemadaman untuk memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabka­n kebakaran berulang dan setelah berpuas hati keadaan benar-benar selamat, operasi tamat pada jam 12.38 tengah malam,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata rumah tersebut yang didapati menggunaka­n dua set penjana kuasa ini merupakan rumah warisan keluarga terbabit.

Punca sebenar kebakaran dan anggaran kerugian yang ditanggung masih dalam siasatan.

 ?? ?? RANAP: Keadaan sebuah rumah yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran terbabit.
RANAP: Keadaan sebuah rumah yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia