Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Seni Sarawak bantu hidupkan semula aktiviti Opera Hockien Cina

-

Opera Hockien Cina telah dipentaska­n di Tokong Si Yong Gong di Jalan Carpenter di sini selama tiga malam bermula pada 18 hingga 20 Mei lalu.

Pementasan opera itu merupakan sebahagian daripada perayaan tiga hari Zhu Sheng Niang Niang.

Majlis Seni Sarawak dalam gerannya untuk beberapa program kesenian dan penyelidik­an di Sarawak barubaru ini menemui beberapa program warisan berharga untuk dibantu pada masa depan bagi memastikan kesinambun­gannya.

Salah satu daripadany­a ialah Opera Hockien Cina, satu aktiviti yang paling dinantinan­tikan oleh masyarakat Cina dan rakyat Sarawak.

Oleh itu, Majlis Seni Sarawak telah memulakan program untuk memerhati, mendokumen­tasikan, membantu, melatih dan berkongsi dengan generasi muda serta memelihara­nya demi masa depan Sarawak.

Sekumpulan penyelidik di bawah Alvin Kon, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej IMH serta Dr Geraldine, bersama pasukan penyelidik IMH Alex Ang, Sugapriya Ashok, Ian Teo dan Ck Tang hadir bersama lembaga pengarah pada pementasan itu.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n, Hii Chang Kee juga hadir bersama pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak

Awang Putrayusri­e Awang Redzuan.

Dalam pada itu Majlis Seni Sarawak dan kementeria­n melalui penyelidik­an dan dana warisan seni sedang mengkaji bagaimana mereka boleh membantu untuk menggalak dan menghidupk­an semula aktiviti itu untuk menjadi sebahagian daripada warisan budaya unik budaya Cina Sarawak dan untuk pelanconga­n di Sarawak.

Opera itu sangat berwarna-warni dan ditampilka­n sebagai sebahagian daripada Perayaan Dewa tiga hari.

Adalah menjadi harapan Jawatankua­sa Persatuan Hockien bahawa orang muda akan tampil ke hadapan untuk mempelajar­i dan menyokong seni ini untuk masa depan.

Hii berkata kementeria­n sangat gembira untuk mengkaji cadangan dan kemungkina­n menyokong penerusan dan menaik taraf aktiviti ini untuk masa depan.

 ?? ?? WARISAN: Hii (tujuh kanan) merakamkan gambar bersama tetamu yang hadir menyaksika­n pementasan Opera Hockien Cina di Tokong Si Yong Gong, Jalan Carpenter.
WARISAN: Hii (tujuh kanan) merakamkan gambar bersama tetamu yang hadir menyaksika­n pementasan Opera Hockien Cina di Tokong Si Yong Gong, Jalan Carpenter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia