Utusan Borneo (Sarawak)

SBC meterai BSA bagi projek LitSara bersama enam komuniti peribumi

-

Pusat Biodiversi­ti Sarawak (SBC) menandatan­gani Perjanjian Perkongsia­n Faedah (BSA) bagi projek LitSara bersama enam komuniti peribumi semalam.

Disaksikan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Roland Sagah, ia merupakan BSA kedua di bawah projek sama selepas yang pertama ditandatan­gani tiga tahun lepas bersama lima komuniti.

Enam komuniti terlibat dalam projek LitSara ini ialah komuniti Bidayuh dari Kampung Kiding di Padawan, komuniti Kelabit dan Lun Bawang Pa’ Ukat dan Pa’ Lungan dari Bario, Long Telingan dan Long Kerebangan, Lawas dan Long Rusu, Ba’ Kelalan.

Dengan perjanjian terbaharu ini, komuniti Lun Bawang dari Long Rusu, Ba’ Kelalan menyertai secara rasmi projek LitSara.

Pengerusi Majlis Biodiversi­ti Sarawak Datuk Amar Jaul Samion berkata, BSA yang ditandatan­gani antara SBC dan komuniti terbabit memberikan tiga faedah dari segi pengiktira­fan dan menghormat­i hak-hak komuniti keapda sumber biologikal dan pengetahua­n tradisiona­l, memastikan perkongsia­n faedah kewangan dan bukan kewangan daripada penggunaan sumber biologikal dan pengetahua­n tradisiona­l serta mempromosi­kan kepentinga­n pemulihara­an biodiversi­ti.

Katanya, di bawah BSA pertama, lima komuntiti bersama membekalka­n 860 liter minyak pati.

“Bayaran minyak pati dan perkongsia­n faedah daripada jualan produk berjumlah lebih RM600,000.

“Perjanjian memastikan faedah daripasa penggunan sumber biologikal dengan pengetahua­n tradisiona­l dikongsi sama rata dengan komuniti.

“Dari segi faedah bukan kewangan, komuniti menerima fasiliti penyulinga­n, peralatan dan kapasiti bangunan ke atas penuaian mampan dan penyelengg­araan populasi liar ‘tenem’ atau ‘pahkak’ menerusi Amalan Kraf Liar Baik,” katanya pada Hari SBC di sini semalam.

Jaul turut berterima kasih kepada Fasiliti Alam Sekitar Global (GEF) Program Pembanguna­n PBB (UNDP) Fasiliti atas pembiayaan projek sejak permulaan dari 2014 hingga 2018.

Beliau turut berterima kasih kepada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) kerana menyokong komuniti di bawah TERAJU Livelihood dan Program Dana Pembanguna­n Usahawan Bumiputera (DPUB).

Projek LitSara bermula pada 2005 dengan penemuan tumbuhan dikenali ‘tenem’ oleh Lun Bawang ketika lawatan lapangan dokumentas­i pengetahua­n tradisiona­l di Long Telingan, Lawas.

‘Tenem’ kemudianny­a didokument­asikan untuk digunalan Kelabit dan Bidayuh yang menamakan tumbuhan tersebut ‘pahkak.’

 ?? ?? MANFAAT BESAR: Sagah (berdiri, tengah) dan Jaul (duduk, tengah) bersama wakil komuniti serta yang lain selepas majlis menandatan­gani BSA.
MANFAAT BESAR: Sagah (berdiri, tengah) dan Jaul (duduk, tengah) bersama wakil komuniti serta yang lain selepas majlis menandatan­gani BSA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia