Utusan Borneo (Sarawak)

200 tetamu meriahkan ramah-tamah Aidilfitri anjuran PROTEM JTS Bintulu

-

Seramai 200 tetamu terdiri daripada warga Jabatan Tanah dan Survei (JTS) danagensi kerajaan lain menghadiri Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Kebajikan Islam (PROTEM) JTS Bahagian Bintulu di pekarangan premis JTS Bintulu, Wisma Bintulu kelmarin.

Majlis tersebut turut dihadiri ketua-ketua jabatan dan warga kerja jabatan kerajaan lain yang terdiri Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Sarawak dan Jabatan Perbendaha­raan Negeri Sarawak.

Berucap pada majlis itu, Penguasa JTS Bahagian Bintulu Mohammad Zunica Mohamad Sapi’ee berkata, penganjura­n majlis tersebut bertujuan merapatkan hubungan antara jabatan dan agensi terbabit, sekali gus mengukuhka­n perpaduan dan semangat muhibah dalam kalangan kakitangan berbilang kaum di jabatan-jabatan kerajaan.

“Sepanjang Ramadan lepas, PROTEM telah mengadakan beberapa aktiviti seperti program pengagihan kurma berserta ceramah agama, pengagihan bubur lambuk kepada seluruh warga JTS Bintulu serta empat masjid di sekitar bandar Bintulu, sumbangan kepada golongan asnaf, majlis berbuka puasa serta solat terawih berjemaah yang mana merupakan julung kalinya diadakan di ruang legar Wisma Bintulu Ibu Pejabat BDA,” ujarnya.

Katanya, beberapa aktiviti lain yang akan diadakan di bawah PROTEM pada masa akan datang antaranya program Hari Raya Korban, perarakan Maulidur Rasul, ceramah agama bulanan serta bacaan tahlil.

Justeru beliau merakamkan penghargaa­n dan jutaan terima kasih kepada pihak PROTEM terutamann­ya kepada Ahmad Raslan sebagai koordinato­r majlis serta jawatankua­sa PROTEM yang telah menjayakan majlis tersebut.

Terdahulu, antara juadah raya yang disediakan untuk kakitangan dan tetamu jabatan terbabit ialah nasi minyak, ketupat, lemang, kuih-muih dan pelbagai jenis makanan lain bagi memeriahka­n suasana rumah terbuka yang bermula jam 9.30 pagi hingga 3 petang.

Acara disusuli dengan sesi bermaaf-maafan, menjamu pelbagai juadah raya yang disediakan dan seterusnya sesi bergambar kenangan melibatkan seluruh kakitangan JTS Bintulu.

 ?? ?? RAIKAN SYAWAL: Pegawai-pegawai dan kakitangan JTS Bintulu merakam gambar kenangan.
RAIKAN SYAWAL: Pegawai-pegawai dan kakitangan JTS Bintulu merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia