Utusan Borneo (Sarawak)

PRU15: SUPP bersedia untuk tujuh kerusi tradisi

Semua wakil rakyat SUPP di DUN juga berada di lapangan selepas kemenangan pada PRN tahun lepas

-

“SUPP bersedia untuk kesemua tujuh kerusi tradisi kami dan Timbalan Presiden kami, Datuk Seri Richard sentiasa ” bersedia di Serian.

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menyatakan kesediaan mereka untuk tujuh kerusi Parlimen tradisi milik SUPP bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Kerusi tradisi milik SUPP ialah Parlimen Sibu, Lanang, Miri, Serian, Bandar Kuching, Stampin dan Sarikei.

Presidenny­a Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, malah parti turut mengekalka­n Timbalan Presiden mereka juga Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem untuk bertanding di kerusi berkenaan pada pilihan raya nanti.

“Dengan di Kuala Lumpur yang ‘bergaduh’ tidak mengejutka­n jika PRU15 diadakan pada tahun ini.

“SUPP bersedia untuk kesemua tujuh kerusi tradisi kami dan Timbalan Presiden kami, Datuk Seri Richard sentiasa bersedia di Serian,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis perasmian Persidanga­n Perwakilan Tahunan (TDC) SUPP yang disempurna­kan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Ibu Pejabat SUPP di sini, semalam.

Dr Sim yang juga Ahli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah berkata, kesemua wakil rakyat SUPP di konstituen­si DUN juga telah berada di lapangan selepas kemenangan pada Pilihan Raya Negeri pada 18 Disember lepas.

Katanya setiap bulan, beliau melakukan yang terbaik turun padang bersama enam ADUN SUPP baharu di kawasan mereka kerana setiap satu daripada mereka adalah undi kepada Dr Sim.

“PRU15 adalah sangat penting bagi Sarawak untuk meminta pelaksanaa­n hak Sarawak yang akhirnya ditulis secara hitam putih dalam Perlembaga­an Malaysia pada Disember tahun lepas di bawah pimpinan Premier.

“SUPP telah membangkit­kan MA63 sejak 2013 dan kita berada di peringkat terakhir untuk mendapatka­nnya,” tegasnya.

Beliau turut berterima kasih kepada semua kepimpinan dan ahli parti SUPP di setiap peringkat serta penyokong SUPP, parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas pengorbana­n membolehka­n parti mencapai keputusan PRN yang baik dan memberi peluang kepada SUPP serta pasukan mereka.

“Terima kasih banyak atas kerjasama selama 52 tahun antara Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan SUPP dalam membentuk gabungan dan mentadbir Sarawak sejak 1970.

“PBB dan SUPP adalah rakan kongsi yang baik semasa senang dan susah, semasa diuji seperti tahun 1987 untuk PBB dan SUPP di 2013-2015, iaitu masa yang mencabar.

“Tetapi yang paling penting adalah rakan kongsi yang boleh dipercayai dan setia dengan lebih 50 tahun sejarah dan rekod yang terbukti,” katanya sambil memberitah­u pada PRN pada 18 Disember 2021, ia adalah testimoni apa yang telah dilakukan bersama untuk Sarawak.

Mengenai TDC yang diadakan, Dr Sim berkata, bagi TDC ke-25 SUPP itu, ia menyaksika­n peralihan yang lancar di sebanyak 50 cawangan dengan gabungan pelbagai kepimpinan cawangan baharu dan veteran.

Bagaimanap­un katanya, sama ada kepimpinan baharu atau veteran, ahli parti lama atau baharu, parti masih mempunyai impian serta aspirasi yang sama seperti Bapa Pengagas mereka, 63 tahun lepas.

Dato Sri Dr Sim Kui Hian Presiden SUPP

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? AMANAT: Dr Sim berucap sempena majlis perasmian TDC SUPP yang dirasmikan Abang Johari, semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi AMANAT: Dr Sim berucap sempena majlis perasmian TDC SUPP yang dirasmikan Abang Johari, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia