Utusan Borneo (Sarawak)

Uggah fokus aspek ekonomi, pendidikan di Bukit Saban

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah menetapkan fokus utama pembanguna­n bagi kawasan pilihan rayanya.

Berucap pada Majlis Hari Raya Kampung Spaoh di Betong semalam, Timbalan Premier itu berkata ia adalah termasuk kegiatan ekonomi yang menjana pendapatan dan dalam bidang pendidikan.

“Saya juga mengharapk­an input daripada Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat untuk membantu saya.

“Apabila kita dapat memiliki kedua-duanya maka kita boleh mengharapk­an pulangan yang baik,” katanya.

Uggah berkata aktiviti ekonomi akan mengutamak­an kuantiti dan kualiti.

“Saya melihat aktiviti pertanian moden, makanan dan pengeluara­n kraf tangan, selain itu untuk petani dan usahawan kita.

“Kita jangan lupa kerajaan sedang membina lapangan terbang di Bebuling di sini untuk menerbangk­an produk kita terus dari ladang atau kilang ke pasaran,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincang­an pada Julai ini untuk melihat bagaimana membantu mereka yang berkaitan dalam meningkatk­an atau menambah baik pengeluara­n serta kualiti produk, selain aspek pembungkus­an yang betul untuk pasaran luar negara.

Uggah dengan itu berharap, ia mendapat sokongan daripada pelbagai pihak serta memberi kerjasama daripada mereka.

Mengenai fokus seterusnya, Uggah berkata, ia adalah dalam bidang kecemerlan­gan pendidikan.

“Kami mahu generasi akan datang berpendidi­kan tinggi dan mampu menguasai teknologi baharu.

“Mereka akan menjadi orang yang akan merangka dan menyusun strategi dengan lebih baik dan lebih banyak pembanguna­n, kemajuan dan kemakmuran kepada kita dan negeri.

“Saya sudah berbincang dengan Pengarah Maktab Perguruan Rajang Dr Abang Ismail Abang Julhi yang merupakan anak tempatan dari Spaoh. Satu pasukan akan dibentuk untuk membantu pelajar cemerlang dalam pelajaran,” katanya.

Sementara itu, Uggah turut berterima kasih kepada masyarakat Melayu di sini yang telah memberikan sokongan penuh kepada beliau dan calon GPS lain pada Pilihan Raya Negeri Disember 2021.

Hadir sama Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Mohd Razi Sitam, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Dr Richard Rapu dan Residen Betong, Richard Abunawas serta Pegawai Daerah Betong, Solfi Jebal.

 ?? ?? SEDAP: Uggah ditemani Chuat serta yang lain mencuba juadah yang dihidangka­n di kios makanan pada majlis yang diadakan.
SEDAP: Uggah ditemani Chuat serta yang lain mencuba juadah yang dihidangka­n di kios makanan pada majlis yang diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia