Utusan Borneo (Sarawak)

BEE tidak terancang boleh jejas alam sekitar, manusia

-

Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE) yang tidak terancang dan tidak sempurna boleh memudaratk­an alam sekitar dan manusia.

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) berkata, antara terkesan teruk akibat pembuangan tidak terancang itu selain manusia ialah haiwan, hidupan akuatik dan marin.

“Kandungan logam berat seperti nikel, merkuri dan sebagainya terkandung dalam sebahagian BEE, berupaya menyebabka­n pencemaran air sungai, air bawah tanah dan tanahsekir­anyatidakd­iuruskan dengan sempurna dan betul.

“Sehubungan itu, NREB menyeru kepada masyarakat setempat menghantar buangan BEE mereka di tempat yang ditetapkan bagi mengelak daripada risiko pencemaran berlaku,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Kenyataan media tersebut dikeluarka­n sempena Kempen Pengumpula­n BEE 2022 diadakan di pekarangan Majlis Daerah Sarikei (MDS).

Kempen ini adalah anjuran bersama NREB dengan Jabatan Alam Sekitar Sarawak dan disokong Kementeria­n Sumber Asli dan Pembanguna­n Bandar, Kementeria­n Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak serta beberapa agensi kerajaan.

Katanya, penganjura­n kempen ini adalah salah satu cara kerajaan menangani isu pelupusan BEE tidak terancang.

“Semua BEE dikumpulka­n dalam kempen ini dilupuskan dengan lebih sistematik dan terancang serta dikitar semula mematuhi peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Setakat 14 Mei lalu, kempen ini berjaya mengumpul bahan buangan BEE sebanyak 88.74 tan metrik.

“Sehubungan itu, kita berharap dapat menyedarka­n orang ramai tentang kesedaran bahaya membuang BEE secara tidak terancang,” jelasnya.

Pada program ini, orang ramai membawa BEE seperti telefon bimbit, televisyen, peti sejuk, mesin basuh dan peralatan elekrik dan elektronik yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia