Utusan Borneo (Sarawak)

Pertubuhan Orang Cacat Penglihata­n berperanan penting lindungi, bantu ahli

-

Pertubuhan Orang Cacat Penglihata­n Malaysia Cawangan Sarawak memainkan peranan penting dalam melindungi dan membantu ahli-ahli mereka yang terkesan.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fridah Osman berkata, beliau dimaklumka­n pertubuhan ini sangat aktif membantu rakan-rakan mereka di seluruh Sarawak.

“Pertubuhan Orang Cacat Penglihata­n Malaysia Cawangan Sarawak aktif dalam memberi kursus agar rakan-rakan mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa yang boleh menyumbang ke arah kehidupan yang lebih lestari.

“Sekali gus dapat memberi kebaikan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat keseluruha­nnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Ahli Sempena Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak Tahun 2022 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Fridah hadir pada majlis itu mewakili Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi

Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol.

Sehubungan itu, beliau berharap pertubuhan itu akan terus aktif membantu rakan-rakan mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihata­n Malaysia Cawangan Sarawak Isak Ngau berkata, Abdullah sentiasa membantu dan membuat aktiviti kebajikan dan kesukarela­an bersama-sama.

“Saya sudah lama kenal Datuk (Abdullah Saidol) sejak saya tinggal di Kuala Lumpur lagi.

“Beliau selalu menyokong dan membantu perniagaan kami dengan menjadi pelanggan tetap untuk urutan tradisiona­l yang kami kendalikan. Terima kasih atas komitmen dan sokongan beliau terhadap pertubuhan ini,” ujarnya.

Pada majlis itu, Fridah turut menyampaik­an sumbangan berupa wang tunai untuk cabutan bertuah sempena majlis tersebut daripada Abdullah.

Lebih 100 orang ahli hadir memeriahka­n majlis terbabit yang dianjurkan oleh Jawatankua­sa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial, Pertubuhan Orang Cacat Penglihata­n Malaysia Cawangan Sarawak.

Majlis berkenaan merupakan acara tahunan Pertubuhan Orang Cacat Penglihata­n Malaysia Cawangan Sarawak semasa musim perayaan.

 ?? ?? TERUS AKTIF: Fridah (dua kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Isak (kanan) dan tetamu kehormat lain pada Majlis Perjumpaan Ahli Sempena Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak Tahun 2022, semalam.
TERUS AKTIF: Fridah (dua kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Isak (kanan) dan tetamu kehormat lain pada Majlis Perjumpaan Ahli Sempena Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak Tahun 2022, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia