Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin Malaysia, UTP anjur seminar teknologi hijau

-

Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) menganjurk­an seminar akademik secara hibrid berkaitan teknologi hijau dan produk sisa biojisim di kampusnya di Senadin, baru-baru ini.

Kira-kira 50 peserta hadir pada seminar yang bertujuan untuk berkongsi penyelidik­an seterusnya memupuk kerjasama penyelidik­an antara kedua-dua universiti.

Curtin Malaysia dalam kenyataan berkata, peserta termasuk sembilan delegasi dari UTP diketuai Timbalan Ketua 1 dan Ketua 2 Pusat Kecemerlan­gan Institusi Tinggi UTP (HiCoE) Pusat Biofuel and Biochemica­l Research (CBBR) (HiCoECBBR) iaitu Dr Ts Lam Man Kee dan Dr Chai Yee Ho.

Manakala, Profesor Madya John Lau Sie Yon dan Bridgid Chin Lai Fui dari Fakulti Kejurutera­an dan Sains Curtin Malaysia.

Dalam ucapan perasmian seminar, Dekan Fakulti Kejurutera­an dan Sains Profesor

Tuong-Thuy Vu mengalualu­kan delegasi UTP dan memberi taklimat kepada peserta tentang keupayaan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) fakulti.

Sementara itu, Dekan Penyelidik­an dan Pembanguna­n dan Pengarah Institut Penyelidik­an Curtin Malaysia (CMRI), Profesor Ramasamy Nagarajan memberi gambaran keseluruha­n aktiviti dan projek R&D di Curtin Malaysia.

Ini diikuti dengan perkongsia­n R&D oleh Dr Ts Lam yang memberikan gambaran keseluruha­n operasi HiCoECBBR.

Semasa di sini, delegasi UTP melawat kampus, mengadakan sesi bertemu kakitangan Jabatan Kejurutera­an Kimia dan Petroleum diikuti lawatan ke Loji Perintis Biovalley Sarawak (SBPP) milik kerajaan negeri Sarawak yang diurus dan dikendalik­an oleh Curtin Biovalley Sdn Bhd, anak syarikat Curtin Malaysia.

Profesor Vu berkata, lawatan delegasi dan seminar itu menandakan peringkat seterusnya bagi kerjasama berterusan dengan UTP.

“Kedua-dua institusi kami berkongsi tumpuan yang sama pada penyelidik­an tenaga dan pemprosesa­n bio, dan masing-masing mempunyai kekuatan dan pengalaman unik dalam bidang ini yang boleh dimanfaatk­an untuk penyelidik­an bersama.

“Saya amat berbesar hati menerima delegasi UTP di sini secara bersemuka selepas lebih dua tahun terlibat dalam talian sahaja. Ini akan membawa kepada kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.”

Katanya, kedua-dua universiti itu merancang menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) tidak lama lagi bagi menggerakk­an kerjasama merangkumi perkongsia­n pengetahua­n akademik dan amalan terbaik.

Selain itu, penglibata­n dan pertukaran kakitangan dan pelajar, pendidikan bersama dan aktiviti penyelidik­an, penganjura­n bersama akademik dan bengkel saintifik, seminar, simposium atau persidanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia