Utusan Borneo (Sarawak)

737 pelatih konstabel polis tamat latihan asas di PULAPOL Kuching

-

Seramai 737 pelatih konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) menamatkan latihan asas selama enam bulan di Pusat Latihan Polis Malaysia (PULAPOL) Kuching, semalam.

Majlis bersejarah itu disempurna­kan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass.

Zaini dalam ucapannya berkata, majlis tamat latihan itu merupakan detik bersejarah bagi anggota polis baharu yang bakal memasuki angkatan sebagai anggota polis.

“Saya berbangga dengan komitmen yang ditunjukka­n oleh anda semua (kadet) untuk menunjukka­n anda semua layak menyandang pangkat konstabel dalam pasukan polis,” katanya.

Tambahnya, latihan enam bulan untuk kadet adalah jangka masa minimum untuk melatih anggota polis supaya cekap di padang.

Latihan itu katanya, termasuk kerja-kerja kepolisan seperti tugas penguatkua­saan, kepimpinan operasi, teknologi maklumat, latihan fizikal dan undang-undang.

“Latihan yang diberikan juga menekankan disiplin dan integriti kepada kadet,” kata Zaini sambil menambah sebaik turun padang, mereka akan menjadi barisan hadapan PDRM yang diharapkan dapat mengekalka­n imej baik mereka kepada rakyat.

Pada masa yang sama, beliau menasihati anggota polis baharu supaya bertindak mengikut undang-undang dengan berlaku adil dan saksama kepada rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Apabilasud­ahdiserapd­alam kuasa, anda semua tidak seharusnya terlibat dengan unsurunsur negatif seperti rasuah, dadah dan sebarang aktiviti tidak bermoral yang bertentang­an dengan etika penjawat awam,” katanya lagi.

Ini katanya, boleh memusnahka­n masa depan seorang anggota polis dan mencemarka­n imej PDRM.

Dalam pada itu tambahnya, 421 lagi kadet yang memulakan latihan mereka pada 26 Disember tahun lepas akan menamatkan latihan mereka di PULAPOL Kuching pada 26 Jun depan. Turut hadir pada majlis itu ialah Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata dan Pegawai Pemerintah PULAPOL Kuching SAC Razali Mohamad.

 ?? ?? HORMAT: Zaini tiba bagi menyempurn­akan Majlis Tamat Latihan Konstabel Polis, di PULAPOL Kuching semalam. Turut kelihatan, Mohd Azman dan Razali.
HORMAT: Zaini tiba bagi menyempurn­akan Majlis Tamat Latihan Konstabel Polis, di PULAPOL Kuching semalam. Turut kelihatan, Mohd Azman dan Razali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia