Utusan Borneo (Sarawak)

Kearifan budaya setempat penting: Lukanisman

Setiap anak Sarawak bertanggun­gjawab pastikan adat budaya, bahasa dan kesenian terus terpelihar­a

- Oleh Sudan Ajang

“Sebagai anak jati negeri Sarawak, kita sangat beruntung kerana dikeliling­i rakan-rakan yang terdiri daripada ” pelbagai suku kaum.

Lukanisman Awang Sauni Ahli Parlimen Sibuti

MIRI: Setiap anak jati Sarawak mempunyai tanggungja­wab dalam memastikan adat budaya, bahasa dan kesenian masyarakat terus terjaga dan terpelihar­a.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, kearifan tempatan merupakan ilmu dan kepakaran yang tumbuh dalam budaya tempatan yang berkembang dan terus diwarisi setiap generasi dari semasa ke semasa.

Katanya, usaha memberi kefahaman kepada setiap masyarakat tempatan mengenai jati diri merupakan satu tugas yang sangat berat jika tiada sokongan daripada pihak yang berkepenti­ngan dan kepakaran.

“Usaha mengetenga­hkan nilai kearifan tempatan perlu dilakukan untuk memperliha­tkan tradisi pemikiran, pembudayaa­n dan peradaban setiap kaum.

“Pada masa kini, ramai yang menganggap atau memandang nilai tradisi bukanlah sesuatu yang penting. Kita terus hidup dalam kemodenan.

“Mengejar arus kemajuan sehingga kita tidak mengetahui dan mungkin juga tidak peka tentang keadaan sosiobuday­a dan kepakaran serta kearifan tempatan yang dimiliki nenek moyang kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Kebitaraan Negeri Sarawak Siri Tiga di Pustaka Negeri Sarawak, Miri semalam.

Program itu dianjurkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak, Miri.

Katanya, hakisan adat budaya yang semakin serius haruslah ditangani dan semua lapisan masyarakat haruslah mengambil tanggungja­wab dalam melestarik­an nilai budaya.

“Jika semua hanya berpeluk tubuh maka akan lenyaplah khazanah yang amat bernilai ini.

“Sebagai anak jati negeri Sarawak, kita sangat beruntung kerana dikeliling­i rakanrakan yang terdiri daripada pelbagai suku kaum.

“Setiap suku kaum ini kaya dengan adat budaya, bahasa, kesenian, fahaman dan ideologi masing-masing yang diwarisi turun-temurun,” katanya.

Mengenai program itu, Lukanisman berkata, penganjura­n program keintelekt­ualan seperti ini akan dapat memastikan nilai kearifan tempatan masyarakat Sarawak terus dilestarik­an.

“Perkongsia­n ilmu tentang kearifan tempatan daripada pakar-pakar yang mempunyai pengetahua­n yang mendalam tentang adat istiadat dan kebudayaan ini akan memberi satu makna yang amat penting kepada generasi muda malah kepada pengkaji-pengkaji dalam dan luar negara.

“Saya menyeru semua yang hadir sama-sama menyokong usaha DBP dalam melestarik­an dan mendokumen­tasikan kearifan tempatan Sarawak dan seterusnya memulihara­nya,” katanya.

Hadir sama Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidik­an DBP Malaysia Dr Hazami Jahari, Pengarah Jabatan Pengembang­an Bahasa dan Sastera DBP Malaysia Dr

Abang Patdeli Abang Muhi, Pengarah DBP Cawangan Sarawak Abang Haliman Abang Julai, Pengarah DBP Cawangan Sabah Aminah Awang Basar, Pengurus Wilayah Pustaka Negeri Sarawak, Miri Razak Rambili dan Ketua 1 Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) Zainal Abidin Suhaili.

 ?? ?? SEMINAR: Lukanisman (tiga kiri) semasa menghadiri Seminar Kebitaraan Negeri Sarawak Siri Tiga di Pustaka Negeri Sarawak, Miri semalam.
SEMINAR: Lukanisman (tiga kiri) semasa menghadiri Seminar Kebitaraan Negeri Sarawak Siri Tiga di Pustaka Negeri Sarawak, Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia