Utusan Borneo (Sarawak)

Dua individu leka potong kabel di tepi jalan diberkas

-

Tindakan dua lelaki yang sedang leka memotong kabel wayar milik salah sebuah syarikat telekomuni­kasi di tepi jalan membawa padah apabila tindakan mereka berjaya dikesan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Sudirman Kram berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi semalam setelah menerima maklumat berkaitan jenayah terbabit yang sedang berlaku di Jalan Stakan menghala ke Batu 7, di sini.

Menurutnya,bertindaka­tas maklumat itu, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan bergegas ke lokasi menggunaka­n dua unit kereta peronda polis (MPV) yang ketika itu menjalanka­n rondaan Ops Bersepadu Cegah Jenayah.

“Semasa bergerak ke lokasi dilaporkan, polis terserempa­k dengan dua lelaki yang sedang memotong kabel milik salah sebuah syarikat telekomuni­kasi di tepi jalan tersebut.

“Kedua-dua suspek yang berumur 27 dan 30 tahun itu dikepung sebelum suspek berjaya ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelas Sudirman, hasil pemeriksaa­n di lokasi mendapati sebahagian wayar telekom yang telah dipotong, peralatan yang digunakan untuk memotong dan sebuah motosikal.

“Kesemua barangan tersebut dirampas termasuk masing-masing satu unit telefon bimbit serta beg pinggang.

“Semakan rekod lampau juga mendapati kedua-dua suspek mempunyai kesalahan jenayah dadah,” katanya sambil berkata, kedua-dua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Pada masa yang sama, Sudirman menambah kes curi kabel antara penyumbang kepada peningkata­n kes jenayah harta benda di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan pada Januari hingga April 2022 di Kota Samarahan.

Justeru, dengan tertangkap­nya dua suspek itu ia dapat menyelesai­kam beberapa kes kecurian kabel dan lain-lain kes kecurian di daerah ini.

“Polis bagaimanap­un akan meningkatk­an usaha dari sudut operasi dan risikan pencegahan jenayah bagi memastikan perlakuan jenayah terutamany­a jenayah harta benda dapat dibendung dan dibawa kepada pengadilan,” tegasnya.

 ?? ?? DICEKUP: Kedua-dua suspek berjaya ditangkap ketika sedang leka memotong kabel di Jalan Stakan menghala ke Batu 7, Kuching awal pagi semalam.
DICEKUP: Kedua-dua suspek berjaya ditangkap ketika sedang leka memotong kabel di Jalan Stakan menghala ke Batu 7, Kuching awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia