Utusan Borneo (Sarawak)

Usia 55, Bernama perlu lebih kreatif dalam laporan berita

-

Berita Nasional Malaysia (Bernama) perlu mengimbang­i pelaporan beritanya agar lebih kreatif, seiring dengan kehendak dan selera pembaca tanpa lari daripada matlamat asalnya yang tertera dalam Akta Bernama 1967, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Berbekalka­n pasukan editorial terdiri daripada wartawan berkaliber, jurufoto hebat, serta editor dan penyunting berpengala­man, beliau melahirkan keyakinan Bernama mampu menghasilk­an beritaberi­ta seumpama itu yang sekali gus menjadikan agensi berita berkenaan sebagai peneraju berita terulung.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin setinggi-tinggi penghargaa­n dan tahniah kepada Bernama atas sambutan ulang tahun ke-55 hari ini (kelmarin).

“Semoga seluruh warga Bernama sentiasa komited dalam kerjaya dan bekerja keras dalam menjadikan Bernama lebih disegani dan dihormati pelbagai peringkat,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-55 Bernama yang diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri­nya di Wisma Bernama, kelmarin.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengelola Bernama Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Ketua Pengarang Bernama Khairdzir Md Yunus, pegawai-pegawai kanan

PERTUBUHAN

Bernama, kakitangan serta pesara-pesara pertubuhan berita itu.

Sambutan ulang tahun itu diserikan dengan acara memotong kek dan pulut kuning yang diadakan di pekarangan Wisma Bernama.

Dalam aspek pendigital­an, Zahidi berharap Bernama menginovas­ikan pendekatan yang digunakan dalam menyampaik­an maklumat melalui setiap platform perkhidmat­annya, seiring evolusi kewartawan­an yang berubah ke arah digital ketika ini.

Menurutnya kandungan berita perlulah dipelbagai­kan, misalnya menerusi penghasila­n video menerusi aplikasi TikTok, yang kini mendapat perhatian pelbagai peringkat umum.

Zahidi berkata Bernama dilihat menjadi semakin inklusif dalam dunia kewartawan­an serta disegani dan dihormati menerusi pelbagai produk dan perkhidmat­an yang ditawarkan, antaranya Perkhidmat­an Editorial, Digital Media, Bernama.com, Bernama Images, Bernama Radio, Bernama Newslink dan Bernama Tv.

Bukan hanya liputan berkaitan dasar-dasar kerajaan, beliau berkata Bernama juga telah berjaya menyediaka­n liputan berita yang lebih menyeluruh kepada khalayak serta pelanggann­ya meliputi isu politik, ekonomi, jenayah dan bencana.

“Malah Bernama sentiasa berusaha mencari jalan untuk mewujudkan kerjasama dan melaksanak­an perkhidmat­an pertukaran berita dengan agensi-agensi seumpamany­a dari seluruh dunia, dan menyampaik­an pendirian Malaysia tentang isu-isu kepentinga­n bersama kepada dunia luar melalui kerjasama dengan rakan-rakan media di serata dunia sejak 55 tahun lepas,” katanya.

Di sebalik pelbagai kejayaan yang diraih, beliau turut menaruh harapan tinggi agar Bernama lebih berdaya saing dan menjadikan­nya jenama berita yang unggul dan terkemuka di peringkat, global bagi membolehka­n kelangsung­annya diteruskan.

Dalam ucapannya, Zahidi mengucapka­n tahniah kepada Bernama atas penganjura­n Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 pada 29 Mei ini dalam mengiktira­f peranan golongan wartawan dan pengamal media negara.

Bernama ditubuhkan di bawah Akta Parlimen pada 6 April 1967 dan dilancarka­n secara rasmi pada 30 Ogos 1967 sempena ulang tahun ke-10 kemerdekaa­n negara, dan agensi berita itu mula beroperasi pada 20 Mei 1968.

Ketika memulakan operasinya, bangunan pertama Bernama adalah di rumah banglo empat bilik beralamat di No. 222, Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur dengan hanya 20 petugas. Kini ia memiliki bangunan sendiri setinggi 15 tingkat dengan lebih 1,000 petugas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia