Utusan Borneo (Sarawak)

KASA mohon peruntukan RM155 juta laksana rancangan tebatan banjir Sungai Jelai

-

Alam Sekitar dan Air (KASA) telah memohon peruntukan berjumlah RM155 juta bagi melaksanak­an Rancangan Tebatan Banjir Sungai Jelai di Kuala Pilah bagi mengatasi masalah banjir di sekitar kawasan Johol.

Ketua Setiausaha KASA Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata peruntukan itu adalah menerusi Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang merupakan antara tindakan jangka panjang bagi mengatasi masalah yang kerap berlaku di kawasan tersebut.

“Bagi tindakan jangka pendek pula, kerajaan telah memperuntu­k sebanyak

KEMENTERIA­N

RM173,545 bagi program pemulihara­an Sungai Batang Jelai bagi mengurangk­an risiko banjir di Kampung Kabong, Johol dekat Kuala Pilah dengan kerja pengorekan dan pembersiha­n sungai bermula 17 Mei lepas.

“Kita juga melebarkan kawasan bagi membolehka­n aliran air mengalir terus.

Sungai Batang Jelai ini merupakan hulu Sungai Muar justeru, kita perlu pastikan kawasan ini tidak mengalami masalah bukan sahaja banjir malah banjir lumpur,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan terkesan banjir di jajaran Sungai Jelai kelmarin.

Beliau berkata aktiviti pembersiha­n hutan secara keterlalua­n dan tidak mengikut garis panduan adalah antara punca yang menjejaska­n ekosistem sekali gus menjadi penyumbang kepada insiden banjir di negara ini.

“Apabila hujan, air terus masuk ke dalam sungai dan sekiranya di hutan ada pokok getah dan sebagainya, mungkin 10 peratus sahaja air masuk ke dalam sungai,” katanya sambil menambah kaedah pembersiha­n tanah hutan perlu ditangani dan dilaksanak­an mengikut prosedur yang tepat untuk mengatasi punca berlaku banjir. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENINJAU: Zaini (tiga kiri) meneliti projek tebatan tebing Sungai Jelai ketika melakukan lawatan meninjau kawasan terkesan banjir di jajaran Sungai Jelai di Kampung Kabong, Inas, Johol, Kuala Pilah.
— Gambar Bernama MENINJAU: Zaini (tiga kiri) meneliti projek tebatan tebing Sungai Jelai ketika melakukan lawatan meninjau kawasan terkesan banjir di jajaran Sungai Jelai di Kampung Kabong, Inas, Johol, Kuala Pilah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia