Utusan Borneo (Sarawak)

Bakal jemaah haji gagal saringan kesihatan perlu akur

Syarat berkenaan telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi dan tidak tertakluk kepada Lembaga Tabung Haji: Idris

-

MARANG: Bakal jemaah haji yang tidak melepasi saringan kesihatan yang ditetapkan perlu akur dan patuh dengan keputusan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata syarat berkenaan telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi dan tidak tertakluk kepada Lembaga Tabung Haji (TH).

“Kita (TH) tidak tetapkan syarat itu, kita kena raikan pandangan (syarat) mereka (Arab Saudi) dari sudut kesihatan... Nak elakkan masalah kesihatan seperti COVID-19 dan cuaca di sana juga nanti agak panas.

“Jemaah perlu patuh, bertanyala­h pada ahli, tanyalah pada orang yang tahu kalau kamu tidak tahu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rehlah Till Jannah Siri 1/2022 di Perkampung­an Darul Barakah di sini, semalam.

Menurutnya, pada masa ini TH telah mengeluark­an surat tawaran bagi panggilan kedua kumpulan jemaah haji Malaysia musim 2022.

Idris berkata untuk panggilan pertama, lebih 1,000 jemaah terpaksa menolak tawaran disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya masalah kesihatan.

Pada tahun ini jemaah haji yang dibenarkan adalah berusia 65 tahun ke bawah, tiada penyakit kronik,

“Kita (TH) tidak tetapkan syarat itu, kita kena raikan pandangan (syarat) mereka (Arab Saudi) dari sudut kesihatan... Nak elakkan masalah kesihatan seperti COVID-19 dan cuaca di sana juga nanti agak panas.

Senator Datuk Idris Ahmad Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

mempunyai sijil vaksinasi COVID-19 dan perlu mengemukak­an keputusan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam daripada masa berlepas.

Sementara itu, mengenai loji penyembeli­han Thomas

Foods Internatio­nal (TFI) Lobethal, Australia, yang didakwa tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia, katanya pihaknya masih menunggu maklumat rasmi berkaitan isu itu.

“Sebaik sahaja kita dapat maklumat (awal), kita memang sudah hentikan (gantung serta merta kelulusan TFI) sampai siasatan selesai... Tapi kita nak dapatkan maklumat dalam bentuk fakta dan data, tak mahu dalam bentuk khabar angin,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN PROGRAM: Idris (dua kanan) bersalaman dengan peserta pada Majlis Perasmian Program Rehlah Till Jannah Siri 1/2022 di Perkampung­an Darul Barakah, Marang, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN PROGRAM: Idris (dua kanan) bersalaman dengan peserta pada Majlis Perasmian Program Rehlah Till Jannah Siri 1/2022 di Perkampung­an Darul Barakah, Marang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia