Utusan Borneo (Sarawak)

Projek ECRL di Pahang berjalan lancar

-

Pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Pahang berjalan lancar dengan lima daripada 36 terowong sudah ditembusi setakat kelmarin, kata Pengurus Pembinaan Wilayah Pahang Malaysia Rail Link (MRL) Khairi Khalid Abdul Rahman.

Beliau berkata pembinaan ECRL di Pahang melibatkan tujuh stesen iaitu Cherating, Kuantan Port City, KotaSAS, Paya Besar, Maran, Temerloh dan Bentong dengan tahap kemajuaany­a mendahului Terengganu, Kelantan dan Selangor.

“Sehingga kini pembinaan ECRL di Pahang yang keterdepan, ini kerana sejak projek bersambung semula pada 2019, tidak banyak perubahan daripada segi jajaran dan proses pembinaan berjalan lancar. Malah, lima terowong pendek dengan jarak antara 190 hingga 600 meter telah berjaya ditembusi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui semasa majlis Aidilfitri Bersama ECRL yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif MRL Datuk Seri Darwis Abdul Razak di sini, semalam.

Mengulas mengenai perkembang­an pembinaan Terowong Kuantan, beliau berkata laluan sepanjang 2.8 kilometer (km) itu dijangka dapat ditembusi pada Oktober ini.

“Kebiasaann­ya selepas ditembusi terowong berkenaan akan siap dalam tempoh tiga hingga empat bulan,” kata Khairi Khalid.

Terowong Kuantan merupakan terowong terpanjang bagi Seksyen B ECRL yang membabitka­n perjalanan dari Dungun, Terengganu ke Temerloh, Pahang dan kedua terpanjang bagi terowong ECRL di negeri ini, iaitu selepas Terowong Genting sepanjang 16.39 km antara Bentong dan Gombak.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri yang memberikan kerjasama baik dan sokongan padu sepanjang projek ini dilaksanak­an di Pahang.

ECRL yang keseluruha­nnya sepanjang 665 km telah mencatatka­n tahap kemajuan sebanyak 28.57 peratus setakat Mac lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia