Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang remaja Palestin telah ditembak mati di Tebingan Barat

Seorang lagi mengalami kecederaan kritikal akibat tembakan

-

RAMALLAH: Seorang remaja Palestin telah ditembak mati oleh pasukan tentera Israel pada awal semalam ketika satu serbuan di Jenin di Tebingan Barat yang ditawan, menurut kementeria­n kesihatan Palestin.

“Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun telah terkorban, dan seorang lagi berusia 18 tahun mengalami kecederaan kritikal akibat tembakan oleh pasukan penakluk Israel ketika seranganny­a ke atas Jenin,” menurut satu kenyataan oleh kementeria­n kesihatan.

Kem pelarian Jenin telah bertindak sebagai satu kawasan tumpuan ketika ketegangan baru-baru ini selepas satu gelombang bagi serangan di Israel di mana 19 orang telah terkorban.

Seramai 13 rakyat Palestin telah tercedera pada minggu lepas ketika satu operasi oleh pasukan tentera Israel di kem di mana seorang komando Israel dan seorang rakyat Palestin turut terkorban.

Perdana Menteri Israel Naftali Bennett menyatakan nama komando Israel sebagai Noam Raz.

Rakyat Palestin kemudian dinamakan sebagai Daoud alZubaidi, seorang saudara lelaki kepadaZaka­riaal-Zubaidi,yang mengetuai sayap bersenjata bagi pergerakan Fatah di bawah presiden Palestin Mahmud Abbas dan telah meloloskan diri dari penjara Israel pada tahun lepas.

Serbuan muncul beberapa jam sebelum keganasan meletus ketika upacara pengebumia­n Shireen Abu Aklehseora­ng wartawan Al Jazeera yang terbunuh pada minggu lepas ketika membuat liputan mengenai satu lagi serangan Israel ke atas kem.

Ketika pengebumia­n beliau dilakukan, polis Israel telah menyerbu kawasan di hospital Baitulmuqa­ddis ketika mayat wartawan yang terbunuh itu sedang dibawa bagi pengebumia­n membawa kepada kecaman antarabang­sa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia