Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga cedera dalam drama tikam keluarga di Norway

-

Seorang lelaki dari Syria disyaki telah menikam isteri dan seorang lelaki lain kelmarin dalam satu serangan di sebuah kampung luar bandar sunyi di Norway, menurut polis.

Pada mulanya polis menyatakan suspek kelihatan telah memilih mangsanya “secara rambang”, namun kemudian mengesahka­n bahawa dia telah berkahwin dengan wanita itu.

Insiden berlaku berhampira­n sebuah perhentian bas di Nore og Uvdal, sebuah pekan dengan kurang dari 3,000 orang di lembah Numedal di tenggara Norway.

Suspek telah ditangkap di tempat kejadian. Kedua-dua mangsa telah diterbangk­an ke sebuah hospital, wanita dalam keadaan kritikal.

Lelaki lain, yang mana hubunganny­a dengan penyerang masih belum diketahui, telah mengalami kecederaan ringan, menurut polis.

Beberapa orang saksi memberitah­u media Norway merekameli­hatseorang­wanita terbaring dalam “genangan darah”.

“Kami boleh mengesahka­n bahawa terdapat satu hubungan kekeluarga­an di antara pelaku dan salah seorang yang ditikam,” menurut inspektor polis Odd Skei Kostveit.

“Ini merupakan sebuah keluarga dari Syria dan pelaku serta salah seorang dari mangsa telah berkahwin,” tambah beliau.

Penyerang turut tercedeera namun tidak memerlukan rawatan hospital, anggota polis Tom Richard Jensen memberitah­u wartawan.

Polis tidak memberikan motif terperinci bagi kejadian tikaman, namun televisyen komersil TV2 menyatakan suspek sedang dalam siasatan bagi salah laku domestic selepas satu laporan polis telah difailkan terhadap dia pada November lepas.

Satu arahan kekangan terhadap dia kelihatan telah dipatuhi sehingga sekarang, menurut TV2.

Serangan berlaku berhampira­n sebuah perhentian bas, di antara sebuah kedai serbaguna dan sebuah sekolah tinggi. Penyerang telah dihalang oleh orang awam sebelum pihak polis tiba, menurut polis.

Media Norway menyatakan seorang pemandu koc dan pelajar sekolah tinggi berjaya menjatuhka­n dia sebelum ketibaan polis, ambulans dan helicopter ambulans di tempat kejadian.

Numedal hanya di utara Kongsberg, di mana seorang lelaki telah membunuh lima orang dan mencederak­an beberapa orang lain menggunaka­n pisau dan busur serta panah pada Oktober lepas.

Seorang lelaki Denmark, yang menurut pakar telah menderita akibat masalah psikiatrik, dihadapkan dalam perbicaraa­n pada Khamis lepas dituduh melakukan serangan itu.

Kejadian tikaman kelmarin menggegark­an Nore og Uvdal.

“Saya tidak menyedari tentang mana-mana ancaman sebelum ini,” datuk bandar tempatan, Jan Gaute Bjerke, memberitah­u TV2.

“Kejadian sebegini biasanya berlaku seperti mengejut dengan tiba-tiba,” kata beliau.

Sekolah tinggi dan beberapa buah sekolah berhampira­n telah dikawal, kata beliau.

Sekolahtin­ggimengesa­hkan bahawa satu insiden berlaku berhampira­n dan bahawa “kakitangan perubatan dan polis berada di sekolah kemudianny­a”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia