Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pendatang maut dan seramai 10 hilang bot karam di perairan Tunisia

-

Tiga orang telah ditemui meninggal dunia dan seramai 10 orang lagi hilang selepas bot mereka karam di luar Tunisia ketika satu cubaan untuk pergi ke Eropah, menurut pengawal pantai di negara ini kelmarin.

“Seramai 44 orang telah diselamatk­an dan 10 orang masih lagi hilang , dan kami menemuitig­amayat,”menurut Houssem Eddine Jebabli, jurucakap bagi Pengawal Negara di mana pengawal pantai memainkan peranan.

Pendatang tersebut, semua rakyat Tunisia, telah berlepas pada Khamis lepas dari wilayah pesisiran pantai Sfax dengan tujuan untuk pergi ke Itali, kata beliau.

Keadaan cuaca yang bertambah baik sejak beberapa minggu lepas telah mendesak satu peningkata­n bagi cubaan sebegitu.

Pihak berkuasa Tunisia menyatakan pada Sabtu lepas mereka telah menyelamat­kan 80 orang lelaki dan seorang wanita selepas mereka berlepas dari pantai Libya.

Kedua-dua negara Tunisia dan Libya telah melihat satu peningkata­m dalam cubaan untuk sampai ke pantai Eropah melalui laluan migrasi paling berbahaya di dunia.

Negara-negara tersebut merupakan pada pelancaran bagi cubaan sebegitu oleh orang yang melarikan diri dari keganasan dan kemiskinan di negara -negara Afrika jauh di selatan, termasuk dengan penambahan jumlah bagi rakyat mereka sendiri yang cuba melakukan perjalanan disebabkan oleh satu krisis ekonomi yang panjang di Tunisia dan satu perang saudara berlarutan di Libya.

Ramai yang akhirnya sampai di Itali, namun ramai lagi yang meninggal dunia atau telah diselamatk­an di laut ketika bot mereka yang selalnya tidak layak untyk digunakan lagi di laut karam atau mengalami kerosakan.

Pada 2021, lebih 15,000 orang telah sampai ke Itali dari pantai Tunisia, berbanding dengan hanya bawah 13,000 pada tahun sebelumnya, menurut kepada Forum bagi Ekonomi dan Hak Sosial NGO Tunisia.

2,000 orang pendatang lemas di Mediterran­ean tahun lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia