Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar perlu hargai kehidupan makmur dinikmati di negara ini

Titah Permaisuri Johor pada Majlis Konvokesye­n UTM ke-65, semalam

-

JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah pelajar tempatan perlu lebih menghargai kehidupan makmur yang dinikmati mereka di negara ini.

Raja Zarith Sofiah bertitah ini kerana terdapat pelajar luar negara yang menyambung pelajaran di negara ini, datang dari negara yang terkesan dengan peperangan dan konflik bersenjata seperti Palestin.

Baginda bertitah justeru itu ikatan hubungan silaturahi­m antara pelajar tempatan dan luar negara, perlu dipereratk­an agar dalam kalangan mereka lebih memahami cabaran hidup yang dihadapi rakan-rakan dari negara

“Mereka adalah tetamu kita di negara kita Malaysia, dan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus kita khasnya. Semoga dengan ikatan persaudara­an yang dijalin, kita akan lebih memahami mereka, cabaran hidup yang dihadapi mereka, serta lebih menghargai kehidupan kita di Malaysia, dan kemakmuran yang wujud di negara kita ” ini. Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah Permaisuri Johor

lain.

“Mereka adalah tetamu kita di negara kita Malaysia, dan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus kita khasnya. Semoga dengan ikatan persaudara­an yang dijalin, kita akan lebih memahami mereka, cabaran hidup yang dihadapi mereka, serta lebih menghargai kehidupan kita di Malaysia, dan kemakmuran yang wujud di negara kita ini.

“Kasihanila­h mereka, dan hulurkanla­h talian persahabat­an seperti yang digalakkan oleh agama Islam,” titah Raja Zarith Sofiah yang juga Canselor UTM ketika menyampaik­an ucapan pada Majlis Konvokesye­n UTM ke-65, di sini semalam.

Berangkat sama isteri Tunku Mahkota Johor yang juga Pro-Canselor UTM Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Raja Zarith Sofiah bertitah sebagai Penasihat Diraja Bulan Sabit Merah Malaysia, baginda sentiasa mendapatka­n perkembang­an semasa dan berita mengenai masalah dihadapi rakyat di negara-negara yang mengalami konflik bersenjata, kebuluran, kemarau, ribut, bencana alam, gempa bumi, ketidaksta­bilan politik atau masalah sosial.

Baginda bertitah selain peperangan yang berlaku ketika ini di Ukraine, kematian wartawan Al Jazeera di Palestin Shireen Abu Akleh baru-baru ini juga adalah mengejutka­n.

“Bagi kita di Timur, apa yang paling mengejutka­n ialah perbuatan menembak wartawan Palestin, Shireen Abu Akleh. Kepada pelajar Palestin, yang akan menerima ijazah kedoktoran pagi ini (semalam), beta menzahirka­n rasa simpati yang amat sangat kepada anda dan rakyat Palestin.

“Semasa Ramadan, terutamany­a pada sepuluh malam terakhir yang bagi kita yang beragama Islam menganggap­nya penuh rahmat, amat sedih, terkejut dan menakutkan apabila melihat rakaman video penceroboh­an yang disasarkan kepada mereka yang ingin solat di Masjid Al-Aqsa,” titah baginda.

Seramai 5,672 graduan UTM menerima ijazah serta diploma semalam, dan majlis konvokesye­n itu akan berlangsun­g dalam 14 sesi bermula semalam sehingga 28 Mei. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniak­an ijazah kepada graduan UTM pada Majlis Konvokesye­n UTM Ke-65 di Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniak­an ijazah kepada graduan UTM pada Majlis Konvokesye­n UTM Ke-65 di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia