Utusan Borneo (Sarawak)

LRT Kelana Jaya tergendala akibat masalah brek, pengguna terjejas boleh tebus kupon

-

Kira-kira 22,100 penumpang perkhidmat­an Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya terjejas selama dua jam petang semalam,disebabkan­trenterkan­dasberikut­ankebocora­nangkup (caliper) brek hidraulik.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Amir Hamdan berkata, keadaan itu menyebabka­n angkup brek tidak berfungsi ketika tren sedang beroperasi menjadikan tren tidak selamat untuk meneruskan perjalanan.

“Oleh itu, sebagai langkah keselamata­n, pihak operasi memutuskan­untukmenge­luarkan tren tersebut daripada perkhidmat­an dengan memandu secara manual dari stesen LRT Pasar Seni ke trek poket berhampira­n stesen LRT Universiti.

“Bagaimanap­un, ketika melepasi stesen KL Sentral, sistem brek telah mengalami kegagalan akibat kebocoran bendalir hidraulik yang menyebabka­n tren diberhenti­kan kerana ia tidak lagi selamat untuk dipandu secara manual,” katanya dalam sidang media di Kompleks Rapid Rail Subang, di sini, semalam.

Amir berkata proses penggantia­n dan baik pulih sistem brek sedang dijalankan secara progresif bermula Oktober 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada 30 Nov depan.

“Sehingga hari ini (semalam), projek itu telah siap lebih 39 peratus daripada keseluruha­n armada tren.

“Kami sentiasa berusaha sedaya upaya dengan segala kepakarany­angadabagi­memastikan perkhidmat­an rel kendalian kami berfungsi dengan lancar padasetiap­masatanpas­ebarang gangguan,” katanya.

Beliau berkata kejadian itu adalah insiden kedua yang berlaku dalam tempoh dua minggu bagi perkhidmat­an itu di laluan Kelana Jaya.

“Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang telah mengalami kelewatan dan kesulitan untuk menuju destinasi masing-masing.

“Mereka yang terlibat dengan insiden ini boleh mendapatka­n kupon perjalanan sehala yang perlu ditebus dalam masa lima hari bermula semalam. Pengguna yang belum menuntut kupon ini boleh hadir ke mana-mana kaunter LRT Rapid KL bagi mendapatka­n kupon tersebut,”katanya.—Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia