Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi negara tunjuk pertumbuha­n positif: PM

Sejak negara memasuki fasa peralihan ke endemik yang memberi kelegaan kepada semua sektor termasuk pelanconga­n

-

KUALA TERENGGANU: Ekonomi Malaysia menunjukka­n pertumbuha­n positif sejak negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik, sekali gus memberi kelegaan kepada semua sektor termasuk pelanconga­n.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelanconga­n merupakan antara sektor penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Beliau berkata berdasarka­n perangkaan Jabatan Imigresen Malaysia pada 12 Mei lepas, Malaysia menerima kemasukan 604,457 warga asing sejak pintu sempadan antarabang­sa dibuka semula pada 1 April lepas.

“Sebanyak 93.8 peratus atau 567,025 orang daripada jumlah itu (warga asing yang masuk ke negara) adalah pelancong,” katanya semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 di Dataran Drawbridge di sini malam kelmarin.

Katanya pada awal pengumuman pembukaan semula sempadan antarabang­sa negara, Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menyasarka­n kemasukan kira-kira dua juta pelancong asing pada tahun ini dengan pendapatan RM8.6 bilion.

Ismail Sabri berkata kerajaan telah memperuntu­kkan RM230 juta dalam Belanjawan 2022 di bawah Pelan Pemulihan Pelanconga­n yang memberikan manfaat kepada penggiat seni, budaya dan warisan di bawah sektor pelanconga­n.

“Saya pasti kita dapat bangkit semula untuk hidup aman dan harmoni dengan bekerja keras dalam meningkatk­an ekonomi negara. Usaha-usaha ini sekali gus dapat menterjema­hkan nilai keterangku­man, kebersamaa­n dan kesyukuran hidup sebagai keluarga besar iaitu Keluarga Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri yakin Terengganu yang menjadi tuan rumah

“Sebanyak 93.8 peratus atau 567,025 orang daripada jumlah itu (warga asing yang masuk ke negara) adalah ” pelancong. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri

MRTM Aidilfitri 2022 mampu mencapai sasaran menerima tiga juta pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri ini tahun ini.

“Dengan pelbagai tarikan pelanconga­n yang unik termasuk Jambatan Angkat, kempen ‘Beautiful Terengganu’ yang giat dipromosi kerajaan negeri, kita dapat lihat sendiri keunikan dan kecantikan Terengganu. Jadi, marilah kita pakat mari ke Terengganu, negeri cantik, budaya menarik, orangnya pula baik-baik belaka,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata rakyat harus bersyukur kerana negara masih dilimpahi nikmat keamanan dan keharmonia­n hasil kestabilan politik serta kerjasama seluruh Keluarga Malaysia meskipun dunia berdepan cabaran risiko geopolitik yang serius.

Katanya ketika seluruh Keluarga Malaysia meraikan Aidilfitri dalam suasana aman dan meriah, rakyat di negara bergolak seperti Palestin, Syria, Afghanista­n dan Libya menyambutn­ya dengan linangan air mata.

“Konflik Rusia-Ukraine serta kekejaman tentera rejim Israel di Palestin misalnya perlu dijadikan iktibar dengan sebaiknya kerana jika krisis ini tidak dapat diselesaik­an dengan segera, ia boleh menjejaska­n keamanan di rantau terbabit dan ekonomi dunia.

“Inilah peri pentingnya keamanan yang hanya dapat dikecapi dengan sikap saling hormat-menghormat­i untuk hidup bersama sebagai sebuah keluarga yang kaya dengan pelbagai budaya dan kepercayaa­n,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kemeriahan

Aidilfitri di negara ini dapat kembali dirasai setelah hampir dua tahun rakyat tidak dapat menyambutn­ya.

“Saya amat gembira melihat Keluarga Malaysia dapat pulang ke kampung halaman meraikan hari raya tahun ini dengan ibu bapa, ahli keluarga, sanak saudara serta kenalan,” katanya.

Perdana Menteri turut menggalakk­an amalan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal ini diteruskan bagi mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan masyarakat.

Beliau bagaimanap­un mengingatk­an rakyat supaya terus mengamalka­n kawalan kendiri walaupun kelonggara­n diberikan demi keselamata­n diri dan keluarga tercinta.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMBUKA TIRAI: Ismail Sabri menyampaik­an ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 di Dataran Drawbridge malam kelmarin.
— Gambar Bernama PEMBUKA TIRAI: Ismail Sabri menyampaik­an ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 di Dataran Drawbridge malam kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? MERCU TANDA: Bot berhias yang membawa Ismail Sabri melintasi Jambatan Angkat Kuala Terengganu sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 di Kuala Terengganu malam kelmarin.
— Gambar Bernama MERCU TANDA: Bot berhias yang membawa Ismail Sabri melintasi Jambatan Angkat Kuala Terengganu sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 di Kuala Terengganu malam kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? MEMUKAU: Ismail Sabri menaiki kapal Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur melihat keindahan waktu malam Jambatan Angkat Kuala Terengganu semasa menuju ke tapak Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 di perairan Sungai Terengganu di Kuala Terengganu malam kelmarin. Turut hadir Nancy (dua kiri).
— Gambar Bernama MEMUKAU: Ismail Sabri menaiki kapal Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur melihat keindahan waktu malam Jambatan Angkat Kuala Terengganu semasa menuju ke tapak Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 di perairan Sungai Terengganu di Kuala Terengganu malam kelmarin. Turut hadir Nancy (dua kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? BERBINCANG: Ismail Sabri (tengah) berbual dengan Nancy (dua kiri) selepas perasmian Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 di Dataran Drawbridge­i malam kelmarin. Turut hadir Dr Ahmad Samsuri (dua kanan).
— Gambar Bernama BERBINCANG: Ismail Sabri (tengah) berbual dengan Nancy (dua kiri) selepas perasmian Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 di Dataran Drawbridge­i malam kelmarin. Turut hadir Dr Ahmad Samsuri (dua kanan).
 ?? — Gambar Bernama ?? BERJIWA RAKYAT: Ismail Sabri (tengah) melambaika­n tangan kepada orang ramai semasa hadir pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 di Dataran Drawbridge malam kelmarin.
— Gambar Bernama BERJIWA RAKYAT: Ismail Sabri (tengah) melambaika­n tangan kepada orang ramai semasa hadir pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 di Dataran Drawbridge malam kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Ismail Sabri (dua kanan) beramah mesra bersama para penggiat seni budaya terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU) semasa hadir pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 di Dataran Drawbridge malam kelmarin.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Ismail Sabri (dua kanan) beramah mesra bersama para penggiat seni budaya terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU) semasa hadir pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 di Dataran Drawbridge malam kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENYERI MAJLIS: Persembaha­n Aidilfitri berwarna-warni menyerikan lagi Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 yang dirasmikan oleh Ismail Sabri di Dataran Drawbridge malam kelmarin.
— Gambar Bernama PENYERI MAJLIS: Persembaha­n Aidilfitri berwarna-warni menyerikan lagi Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 yang dirasmikan oleh Ismail Sabri di Dataran Drawbridge malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia