Utusan Borneo (Sarawak)

Program eKelas Usahawan Maxis lahir lebih 1,000 usahawan berjaya

-

Program eKelas Usahawan anjuran Maxis Berhad (Maxis) berjaya melatih lebih 1,000 usahawan sejak dilancarka­n tahun lepas, dengan sebahagian­nya terdiri daripada usahawan wanita dari golongan B40, untuk membantu mereka membangunk­an kedudukan digital lebih kukuh.

Maxis dalam kenyataan kelmarin memaklumka­n program berkenaan merangkumi beberapa siri bengkel digital serta pendekatan melalui latihan amali untuk melengkapk­an usahawan melalui modul termasuk petua dan kemahiran asas pemasaran, fotografi dan penulisan iklan serta perancanga­n untuk kempen pemasaran dan pengiklana­n melalui platform dalam talian serta media sosial.

Menurut Maxis, bengkel eKelas Usahawan diadakan secara maya melalui webinar awam bersama rakan latihan Maxis dengan sokongan daripada sukarelawa­n MSquad jika diperlukan.

“Maxis juga bekerjasam­a dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi negeri antaranya Yayasan Hijrah Selangor dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar yang menyokong program berkenaan dengan mengenal pasti peserta untuk sesi khusus dan membantu logistik di lapangan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Maxis sedang berbincang dengan bakal rakan kongsi untuk mendapatka­n lebih ramai usahawan khususnya wanita mendapat manfaat daripada program tersebut.

Ketua pegawai hal ehwal korporat Mariam Bevi Batcha dalam kenyataan berharap untuk melihat lebih ramai wanita di seluruh negara mendaftar untuk eKelas Usahawan tahun ini.

Mereka yang berminat untuk menyertai program berkenaan boleh mendaftar secara percuma melalui https://www.maxis.com. my/en/about-maxis/ corporate-responsibi­lity/. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia