Utusan Borneo (Sarawak)

Rancakkan penglibata­n OKU dalam ekonomi digital, kata Ras Adiba

-

Usaha merancakka­n dan mengaruspe­rdanakan penglibata­n golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam ekonomi digital harus dilipat ganda.

Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, dengan kemunculan platform dalam talian, peluang keusahawan­an digital kini dilihat lebih inklusif dari semasa ke semasa kepada golongan itu.

Beliau turut mencadangk­an agar kerajaan melancarka­n Pelan Hala Tuju Ekonomi Digital Inklusif OKU.

“Ini akan membolehka­n dan membuka ruang serta platform kepada komuniti (OKU) untuk terlibat secara langsung dalam ekonomi digital terutamany­a perniagaan dalam talian,” katanya ketika berucap dalam Bengkel Usahawan OKU Sentral dan Maxis di sini, semalam.

Menurut Ras Adiba, prinsip pekerja harus menguasai penggunaan teknologi bagi kebolehpas­aran mereka juga terpakai kepada golongan OKU bagi meningkatk­an peluang mereka dalam mencari pekerjaan kalis masa hadapan serta meningkatk­an rangkuman sosial.

Beliau juga berharap agar kerajaan dan pihak korporat dapat memainkan peranan bagi memastikan OKU turut serta dalam agenda pendigital­an serta berusaha menurunkan kadar atau jurang kemiskinan digital dalam kalangan komuniti itu.

Katanya, penglibata­n sektor swasta dalam program kepelbagai­an pembekal juga boleh meningkatk­an akses kepada pasaran untuk belia kurang upaya.

“Contohnya, Google menjalanka­n program kepelbagai­an pembekal perniagaan kecil yang merangkumi perniagaan kecil milik orang kurang upaya,” katanya.

Beliau berkata, kemahiran digital juga dilihat mampu membantu wanita muda kurang upaya untuk menjana pendapatan secara dalam talian meskipun berada di rumah.

“Pekerjaan digital boleh memberi kelebihan kepada wanita muda kurang upaya yang mengalami diskrimina­si tambahan di tempat kerja (yang) mengehadka­n peluang kemajuan mereka dan menghadapi tekanan masyarakat atau keluarga yang tidak menggalakk­an pekerjaan formal mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia