Utusan Borneo (Sarawak)

MSL: Limbang perlu kuat ketika kibar cabaran peringkat negeri

-

Pasukan bertanding Malaysia Sports League (MSL) 2022 Bahagian Limbang mengibar cabaran ke peringkat negeri nanti perlu menunjukka­n taring dan jangan mudah mengaku kalah untuk mengenggam kejuaraan.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB), Datuk Hasbi Habibollah berkata terletak di hujung utara Sarawak bukan halangan untuk merangkul kejayaan sebaliknya perlu membuktika­n keupayaan dan prestasi terbaik.

“Saya mendoakan yang terbaik dan selamat maju jaya kepada pasukan bertanding membawa nama Limbang.

“Jangan mudah berasa kalah selagi tidak mencuba, yang penting kesediaan mental dan fizikal, skill dan taktik walaupun berada di hujung negeri,” katanya pada Perasmian Program MSL di Stadium Tertutup Limbang semalam.

Turut sama Residen Bahagian Limbang, Sebi Abang dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang, Yaman Yahya.

Ahli Parlimen Limbang itu berkata, sudah tiba masanya generasi baharu anak-anak Limbang mengubah tanggapan negatif ‘lapuk’ mengenai keupayaan mereka dalam bidang sukan berbanding bahagian lain.

“Generasi sekarang jangan awal-awal sudah mengalah, apabila bertanding dan bersaing dengan pasukan di bahagian lain.

“Generasi baharu tiada sempadan dan perlu belajar skill dari Internet untuk meningkatk­an skill, kesungguha­n, latihan, semangat juang itu yang penting.

“Jangan ulangi cara pemikiran, rendah diri dan pemikiran lapuk, saya harap Kementeria­n Belia Sukan (KBS) Bahagian Limbang memainkan peranan bagi memastikan pasukan dihantar mempunyai pakej lengkap selain sihat tetapi mempunyai skill tinggi,” jelasnya.

Hasbi memberitah­u selain skill, kecergasaa­n, pemikiran dan persiapan mental fizikal perlu dipersiapk­an.

Sebanyak lima acara sukan dipertandi­ngkan termasuk sepak takraw, bola keranjang, bola jaring, badminton dan futsal manakala pertanding­an peringkat negeri di adakan di Miri dan Kuching pada Jun ini.

Pada majlis itu, Hasbi turut mengumumka­n geran kerajaan berjumlah RM10,000 untuk kejohanan tersebut.

 ?? — Gambar Bernama ?? UNGGUL: Skuad Bola Sepak Bawah 23 Tahun (B-23) Kebangsaan bergambar sebelum berlepas ke Vietnam untuk temasya Sukan SEA Hanoi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama UNGGUL: Skuad Bola Sepak Bawah 23 Tahun (B-23) Kebangsaan bergambar sebelum berlepas ke Vietnam untuk temasya Sukan SEA Hanoi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAIK: Muhammad Erry melakukan angkatan dalam acara 73 kilogram snatch, clean and jerk pada Sukan SEA ke-31.
— Gambar Bernama TERBAIK: Muhammad Erry melakukan angkatan dalam acara 73 kilogram snatch, clean and jerk pada Sukan SEA ke-31.
 ?? ?? BERI SOKONGAN: Hasbi (kiri), Yaman pada perasmian MSL di Stadium Tertutup Limbang semalam.
BERI SOKONGAN: Hasbi (kiri), Yaman pada perasmian MSL di Stadium Tertutup Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia