Utusan Borneo (Sarawak)

Bawa pulang pingat gangsa bola sepak: Ahmad Faizal

-

Selepas gagal mara ke pentas akhir acara bola sepak Sukan SEA ke-31, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberikan katakata semangat kepada skuad Harimau Muda agar tidak terbawa-bawa kekecewaan itu dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.

Beliau berkata skuad kebangsaan bawah 23 tahun itu perlu mengekalka­n prestasi mereka apabila menentang Indonesia pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat, Ahad (hari ini).

Katanya skuad kendalian Brad Maloney itu telah menunjukka­n prestasi yang baik sepanjang aksi pada temasya sukan dwitahunan tersebut termasuk ketika menentang pasukan tuan rumah, Vietnam pada perlawanan separuh akhir kelmarin.

“Bermain berdepan pasukan tuan rumah (Vietnam), saya rasakan mereka sudah bermain dengan baik. Saya harap mereka dapat kekalkan momentum dan semangat ini dalam perlawanan tempat ketiga dan keempat.

“Saya harap skuad negara dapat membawa pulang pingat gangsa...itu saya anggap satu kejayaan,” katanya ketika ditemui di Gimnasium Hoang Mai, venue bagi acara sepak takraw Sukan SEA ke31, di sini semalam.

Terdahulu, Ahmad Faizal mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Persekutua­n Sepak Takraw Antarabang­sa (ISTAF) Datuk Abdul Halim Kader dari Singapura, yang juga Presiden Persekutua­n Sepaktakra­w Asia (ASTAF).

Pada aksi di Stadium Viet Tri malam tadi, hasrat skuad Harimau Muda untuk meneruskan cabaran memburu pingat emas acara bola sepak Sukan SEA Hanoi tidak kesampaian apabila tewas 0-1 di tangan Vietnam dalam aksi separuh akhir.

Pada satu lagi perlawanan separuh akhir, Thailand menewaskan Indonesia 10.

Vietnam akan berdepan Thailand di final, manakala Malaysia pula akan menentang Indonesia dalam perebutan pingat gangsa dengan perlawanan akan berlangsun­g di Stadium My Dinh, Ahad ini.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara bola sepak di Sukan SEA ialah pada edisi 2011 di Indonesia ketika di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee.

Pencapaian terbaik Malaysia selepas itu ialah muncul naib juara edisi 2017 di Kuala Lumpur sebelum tersingkir seawal peringkat kumpulan di Filipina pada edisi 2019. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia