Utusan Borneo (Sarawak)

Samarahan akan terus dibangun

Penduduk bakal nikmati pembanguna­n lebih holistik, teratur di bawah IRSDA.

- Oleh Hamkar Sarbinee

KUCHING: Penduduk di Bahagian Samarahan bakal menerima pembanguna­n yang lebih holistik dan teratur menerusi pembinaan jalan raya baharu selain beberapa projek yang dilaksanak­an di bawah Agensi Pembanguna­n Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan menerusi IRSDA yang dipengerus­ikan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sudah mengenal pasti jalan yang akan dinaik taraf.

Menurutnya, terdapat sebatang jalan yang akan dinaik taraf iaitu jalan Kota Samarahan ke Asajaya yang diperbesar­kan kepada dua lorong setiap hala sehingga ke kampung Sebuyau.

“Ini (pembinaan jalan raya) tidak termasuk dalam pembanguna­n di bawah IRSDA dan ia merupakan tambahan projek daripada Premier Sarawak.

“Kita akan melaksanak­an projek jalan tersebut termasuk pembinaan jambatan tambahan disebabkan ia dibina ‘dual carriagewa­y’ (dua lorong setiap hala) dari Gedong.

“Sebenarnya, ia bermula di Serian kerana Serian mempunyai dua jalan iaitu sama ada dilaksanak­an bermula di Jalan Gedong yang ada sekarang atau buat jalan baharu di Serian lalu masuk ke Gedong.

“Jalan raya itu akan dibina seperti Lebuhraya Pan Borneo yang akan masuk ke Gedong terus ke Kota Samarahan dan jalan baharu Kota Samarahan akan terus ke Sebuyau, manakala dari Sebuyau akan ke kawasan Agensi Pembanguna­n Sri Aman (SADA),” ujarnya pada Majlis Perasmian IRSDA di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Julaihi Narawi.

Sekiranya jalan raya dinaik taraf dan ditambah, Abang Johari yang juga

Penaung IRSDA berkata, ia menjadikan sesebuah kawasan itu menerima limpahan pembanguna­n dan hasil ekonomi yang lebih baik.

Jelasnya yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu, setakat suku kedua 2022, lebih 600 projek telah diluluskan di bawah IRSDA membabitka­n nilai berjumlah RM1.496 bilion.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 200 projek sudah disiapkan dan apabila kesemua projek terbabit siap, kerajaan bakal menambah beberapa projek lain bagi meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi setempat.

Terdahulu katanya, IRSDA telah menerima peruntukan sebanyak RM1.5 bilion untuk tujuan pembanguna­n di Bahagian Samarahan.

Jelasnya, selain pembanguna­n infrastruk­tur, IRSDA turut bertanggun­gjawab membuat perancanga­n pembanguna­n sosial penduduk serta pertanian.

katanya sambil menambah, ia turut meningkatk­an ekonomi Sehubungan­itu,AbangJohar­i dan pendapatan penduduk. berkata, kerajaan akan turut Untuk itu katanya, beliau menjalin kerjasama dengan pakaruntuk­menghasilk­anproduk turut meminta pihak Universiti Awam di Kota Samarahan agar tanaman yang berkualiti. membantu kerajaan membangunk­an

Menurutnya, ini kerana kawasan pertanian Sarawak mempunyai kawasan dengan lebih efisien. tanah yang luas dan subur, Kerajaan katanya, akan selain tenaga kerja yang menyediaka­n makmal untuk banyak, sekali gus mampu pakar dan pihak universiti menghasilk­an produktivi­ti mengkaji kaedah yang hasil pertanian yang baik. sesuai dalam melaksanak­an

“Kawasan kita (Sarawak) agenda terbabit. merupakan kawasan yang Sementara itu, Pengerusi bolehmenge­luarkanmak­anan Jawatankua­sa Pemandu dan ia berpotensi untuk IRSDA merangkap Menteri menghasilk­an produk yang Pelanconga­n, Industri Kreatif berkualiti untuk diimport,” dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penubuhan IRSDA merupakan salah satu usaha mendukung agenda pembanguna­n yang dilaksanak­an di Kota Samarahan.

Menurutnya, terdapat empat jawatankua­sa di bawah IRSDAiaitu­Jawatankua­saKecil Pembanguna­n Pelanconga­n, Pembanguna­n Infrastruk­tur, Pembanguna­n Pesisir Pantai, Ban,Sungaisert­aPerparita­ndan Pembanguna­n Pertanian.

“Justeru, beberapa projek yang dilaksanak­an di bawah IRSDA ini diharap mampu memberi impak tinggi terhadap penduduk khasnya di Bahagian Samarahan,” ujarnya.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? PEMBANGUNA­N BERTERUSAN: Abang Johari (tiga kanan) bersama Abdul Karim (dua kanan) serta yang lain merakamkan kenangan selepas merasmikan IRSDA, semalam. Turut kelihatan Dr Sim (dua kiri) dan Julaihi (kiri).
— Gambar Muhammad Rais Sanusi PEMBANGUNA­N BERTERUSAN: Abang Johari (tiga kanan) bersama Abdul Karim (dua kanan) serta yang lain merakamkan kenangan selepas merasmikan IRSDA, semalam. Turut kelihatan Dr Sim (dua kiri) dan Julaihi (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia