Utusan Borneo (Sarawak)

Hukuman mati mandatori dimansuh, hukuman gantian tertakluk kepada mahkamah

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memansuhka­n hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi dalam kenyataan semalam berkata, keputusan itu dicapai susulan pembentang­an Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh beliau pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lepas.

“Kerajaan juga secara prinsipnya menerima dan mengambil maklum syor-syor Jawatankua­sa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian itu,” katanya.

Jawatankua­sa itu diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Richard Malanjum dan dianggotai pakar bidang perundanga­n seperti bekas Hakim Besar Malaya, bekas Peguam Cara Negara, pengamal undangunda­ng, pensyarah undangunda­ng daripada institusi pengajian awam terkemuka dan pakar kajian jenayah.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanak­an berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.

Wan Junaidi berkata, kajian lanjut itu akan dilaksanak­an dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri serta lainlain kementeria­n atau jabatan berkepenti­ngan.

Beliau berkata, tindakan itu adalah amat signifikan bagi memastikan pindaan akta-akta yang berkaitan mengambil kira prinsip kekadaran dan keperlemba­gaan mana-mana cadangan kepada kerajaan nanti.

Kerajaan juga katanya, akan turut mengkaji kebolehlak­sanaan berkaitan hala tuju sistem keadilan jenayah di negara ini, antaranya seperti pewujudan prosedur prapenghuk­uman, penubuhan Majlis Penghukuma­n dan pembanguna­n Garis Panduan Penghukuma­n.

Turut akan dikaji ialah penubuhan Suruhanjay­a Pembaharua­n UndangUnda­ng, pembaharua­n institusi kepenjaraa­n dan pelaksanaa­n hukuman berdasarka­n prinsip keadilan restoratif. “Keputusan berkaitan perkara ini menunjukka­n keutamaan kerajaan memastikan hak semua pihak terpelihar­a dan terjamin, sekali gus mencermink­an ketelusan barisan kepimpinan negara ini dalam menambah baik sistem keadilan jenayah negara yang serba dinamik,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n atas komitmen diberikan Jawatankua­sa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam penghasila­n laporan kajian berkenaan menjadi asas kepada perubahan sistem keadilan jenayah negara yang lebih sistematik dan efektif.

 ?? ?? WAN JUNAIDI
WAN JUNAIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia