Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lelaki diberkas, dipercayai terlibat kes curi motosikal, besi

Dua daripada suspek ditahan polis di Taman Duranda Emas

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Tiga lelaki diberkas kerana disyaki terlibat kegiatan mencuri motosikal dan besi di kawasan Siburan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, terdahulu dua daripada suspek yang berusia 18 dan 24 tahun ditahan untuk pemeriksaa­n di sebuah rumah di Taman Duranda Emas sekitar jam 11.30 pagi.

Menurutnya, keduadua suspek ditahan kerana disyaki mencuri sebuah motosikal yang diparkirka­n di luar sebuah rumah juga Taman Duranda Emas pada 2 Jun lalu.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek tidak

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek tidak mengaku terlibat sama dalam kejadian curi motosikal dan tidak mengetahui motosikal tersebut adalah motosikal curi.

mengaku terlibat sama dalam kejadian curi motosikal dan tidak mengetahui motosikal tersebut adalah motosikal curi.

“Bagaimanap­un, keduadua suspek ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, semakan rekod juga mendapati keduadua suspek masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Kedua-dua suspek akan menjalani ujian saringan awal air kencing dan akan disoal siasat lebih lanjut setelah reman diperolehi,” katanya.

Siasatan awal terhadap kedua-dua suspek juga membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berusia 26 tahun di tapak projek bekas Pusat Serenti di Jalan Batu 6.

Jelasnya, sebuah motosikal yang dilaporkan hilang pada 28 Mei di Kota Sentosa turut dijumpai bersama suspek.

“Suspek mengatakan motosikal tersebut diserahkan oleh rakan bernama ‘Boy’,” katanya.

Dedahnya, siasatan lanjut mendapati suspek juga terlibat kes curi besi dan kabel dari sebuah stesen minyak di Batu 6.

“Suspek mengaku terlibat curi besi serta kabel di stesen minyak di Batu 6 dan mengatakan telah menjualnya di kedai besi buruk di Kota Sentosa,” katanya.

Suspek yang berasal dari Taman Samarindah di Kota Samarahan juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Ketiga-tiga suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 dan 379A Kanun Keseksaan.

Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad Ketua Polis Daerah Padawan

 ?? ?? BERKAS: Ketiga-tiga suspek ditahan untuk siasatan lanjut.
BERKAS: Ketiga-tiga suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia