Utusan Borneo (Sarawak)

Langgar syarat lesen, bot nelayan tempatan ditahan

-

KOTA KINABALU: Sebuah bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan kerana melakukan pelbagai kesalahan melanggar syarat sah lesen di perairan Pulau Gaya pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, bot nelayan tersebut ditahan KM Bistari di kedudukan sekitar 8.2 batu nautika timur laut Pulau Gaya setelah didapati melanggar syarat sah lesen yang dikeluarka­n oleh Jabatan Perikanan Negeri Sabah.

“Bot terbabit didapati beroperasi dengan kru melebihi jumlah dibenarkan iaitu seramai 12 orang sahaja.

“Semasa pemeriksaa­n dijalankan di lokasi, pasukan menggeleda­h mendapati terdapat 16 orang di atas bot terbabit termasuk tekong dengan tiga daripadany­a disyaki warganegar­a asing berusia lingkungan 20 sehingga 33 tahun gagal mengemukak­an dokumen pengenalan diri sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata kapal dan kru seterusnya ditahan dan diiring ke Jeti Maritim Sepanggar, Kota Kinabalu dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Katanya, tekong dan kru kapal disyaki melakukan kesalahan berdasarka­n Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 serta Akta Imigresen 1959/63.

“Segala aduan dan laporan mengenai salah laku jenayah laut, orang ramai boleh melaporkan kepada Maritim Malaysia melalui talian telefon ke Bilik Operasi Maritim Negeri Sabah dan W. P Labuan dinombor 088-387774,” katanya.

 ?? ?? DITAHAN: Bot nelayan yang ditahan Maritim Malaysia.
DITAHAN: Bot nelayan yang ditahan Maritim Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia