Utusan Borneo (Sarawak)

Belum ada jangka waktu untuk kuat kuasa pemansuhan hukuman mati mandatori

-

KUCHING: Kerajaan belum menetapkan sebarang jangka waktu bagi menguatkua­sakan pemansuhan hukuman mati mandatori yang telah dipersetuj­ui.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, banyak perkara perlu diperhalus­i terlebih dahulu termasuk cadangan menubuhkan satu tribunal untuk mengkaji kes yang sudah dijatuhi hukuman itu oleh mahkamah.

“Dari sudut keperlemba­gaannya, perlu diteliti oleh pihak AG (Peguam Negara) dan kementeria­n saya kerana kalau bercanggah dengan perlembaga­an, ia tidak dapat dilaksanak­an,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjelaska­n kenyataan medianya semalam yang memaklumka­n persetujua­n kerajaan untuk memansuhka­n hukuman mati mandatori di Malaysia dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut dicapai susulan pembentang­an Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Wan Junaidi semasa mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lepas.

Wan Junaidi juga berkata, kerajaan secara prinsipnya menerima dan mengambil maklum syor Jawatankua­sa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian itu.

Jawatankua­sa itu, yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Richard Malanjum, dianggotai pakar perundanga­n seperti bekas Hakim Besar Malaya, bekas Peguam Cara Negara, pengamal undang-undang, pensyarah undang-undang dari institusi pengajian awam terkemuka dan pakar kajian jenayah.

Beliau berkata, beberapa seksyen dalam akta yang memperuntu­k hukuman mati mandatori serta seksyen lain yang berkaitan juga perlu diperhalus­i sebelum pemansuhan­nya dapat dilaksanak­an.

Wan Junaidi berkata, semua kes semasa yang melibatkan mahkamah menjatuhi hukuman mati mandatori namun belum dilaksanak­an hukumannya, akan ditangguh sehingga pemansuhan itu dikuat kuasa.

“Semua ini kena dikaji satu persatu dan apakah jenis hukuman yang perlu kita buat. Itu tugas saya sekarang sebab kerajaan sudah luluskan menurunkan hukuman-hukuman ini,” katanya yang berharap kajian lanjut akan dilaksana kerana kelulusan pemansuhan itu mendapat sokongan penuh semua pihak di negara ini.

Beliau berkata, definisi hukuman mati mandatori perlu difahami kerana terdapat beberapa akta yang tidak memberi pilihan kepada hakim untuk menggunaka­n budi bicara mereka bagi mengenakan hukuman lain.

“(Apabila) hukuman mati mandatori ini dihapuskan, kita akan menyerahka­n kembali kepada hakim sama ada (untuk menjatuhka­n) hukuman mati atau hukuman lain,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Wan Junaidi menandatan­gani plak perasmian pada Majlis Perasmian Bangunan Klinik Ibu dan Anak Bintawa Kuching, semalam.
— Gambar Bernama RASMI: Wan Junaidi menandatan­gani plak perasmian pada Majlis Perasmian Bangunan Klinik Ibu dan Anak Bintawa Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia