Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar kelahiran bayi di Sarawak menurun dari 2019-2021

Kementeria­n mengambil berat soal kesuburan, bantuan daripada institusi beri harapan mendapatka­n zuriat: Fatimah

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kadar kelahiran bayi di Sarawak menunjukka­n trend penurunan dari tahun 2019 hingga 2021, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menurutnya, jumlah pendaftara­n kelahiran bayi pada tahun 2019 adalah seramai 33,304 orang, menurun kepada seramai 31,176 orang pada tahun 2020 dan seramai 24,081 orang pada tahun 2021.

“Kami memantau kadar kelahiran di Sarawak dan apa yang membimbang­kan kita ialah kadar kelahiran bayi dari tahun 2019 hingga 2021 menunjukka­n trend penurunan.

“Daripada perspektif seorang wanita, kalau tidak dapat lahirkan anak ia akan menjadi tekanan kepada wanita itu dan usaha perlu dibuat untuk membantu wanita itu.

“Sebab itu, saya mengalualu­kan kunjungan Pusat Kesuburan Sunway sebab ia akan memberi harapan kepada pasangan suami isteri yang tidak dapat zuriat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika kunjungan hormat daripada Pusat Kesuburan Sunway Kuching di pejabatnya di Bangunan Baitul Makmur II di sini semalam.

Ujar Fatimah lagi, kementeria­n mengambil berat soal kesuburan dan jika ada institusi yang dapat membantu, tentu sekali memberi harapan kepada mereka yang ingin mendapatka­n zuriat.

Penubuhan Pusat Kesuburan Sunway di Kuching katanya, dapat memberi harapan kepada pasangan yang sukar mendapatka­n zuriat.

Sementara itu Perunding Obstetrik Ginekologi Dr Edawati Dahrawi Edrus berkata, sejak Pusat Kesuburan Sunway ditubuhkan di Kuching, ia menerima sambutan yang sangat menggalakk­an daripada pesakit di Sarawak.

Katanya, kira-kira 100 pesakit mendapatka­n rawatan di pusat ini sebulan sejak ditubuhkan pada suku pertama tahun 2022 di Hab Perniagaan Canaan Square, Jalan Stutong Baru.

Dalam pada itu, ditanya mengenai faktor penurunan kadar kelahiran bayi, Dr Edawati berkata faktor pertama adalah lewat berkahwin kerana fokus kepada pengajian dan kerjaya.

Faktor kedua yang menyumbang kepada penurunan kadar kelahiran bayi ialah usia di mana wanita berusia 35 tahun sukar untuk mengandung dan perlu segera mendapatka­n rawatan.

Manakala faktor ketiga ialah tahap kesihatan bagi wanita tersebut di mana kebanyak kan berkaitan penyakit wanita atau penyakit lain termasuk isu berat badan berlebihan.

“Kami memantau kadar kelahiran di Sarawak dan apa yang membimbang­kan kita ialah kadar kelahiran bayi dari tahun 2019 hingga 2021 menunjukka­n trend ” penurunan. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti

 ?? ?? SIDANG MEDIA: Fatimah (dua kanan) bercakap pada sidang media sempena kunjungan daripada Pusat Kesuburan Sunway di pejabatnya. Turut kelihatan Dr Edawati (dari kiri), Perunding Obstetrik Ginekologi Dr Mardiana Kipli dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Sunway Kuching Joseph Lim.
SIDANG MEDIA: Fatimah (dua kanan) bercakap pada sidang media sempena kunjungan daripada Pusat Kesuburan Sunway di pejabatnya. Turut kelihatan Dr Edawati (dari kiri), Perunding Obstetrik Ginekologi Dr Mardiana Kipli dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Sunway Kuching Joseph Lim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia