Utusan Borneo (Sarawak)

Ekspo pendidikan di 42 lokasi di Sarawak 25 Jun

-

KUCHING: Buat julung kalinya, Yayasan Sarawak bersama dengan pejabat residen dan daerah seluruh Sarawak serta Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) akan menganjurk­an Ekspo Pendidikan Sarawak di semua daerah membabitka­n 42 lokasi di Sarawak pada 25 Jun ini.

Pengarah Yayasan Sarawak Mersal Abang Rosli berkata di Sarawak, setiap tahun terdapat lebih daripada 40,000 lepasan SPM dan STPM.

“Berdasarka­n pengalaman, ramai pelajar lepasan SPM dan STPM khususnya di kawasan luar bandar terlepas peluang mendapatka­n maklumat mengenai peluangpel­uang pendidikan yang disediakan untuk mereka.

“Malah ada yang tercicir sedangkan mereka mempunyai kelayakan untuk melanjutka­n pelajaran mereka sama ada bercorak akademik mahupun kemahiran.

“Ini berkait rapat dengan isu-isu seperti lokasi mereka, kesalinghu­bungan, lambat bertindak, tamat tempoh permohonan dan sebagainya yang menyebabka­n mereka tidak berpeluang merebut tempat di institusi pengajian,” ujarnya pada sidang media mengenai Ekspo Pendidikan Sarawak di sini, semalam.

Sehubungan itu, kata beliau, Yayasan Sarawak mengambil langkah proaktif dengan menyediaka­n landasan kepada mereka untuk mendapatka­n maklumat terkini mengenai peluang-peluang pendidikan agar mereka mampu membuat keputusan dan pilihan yang sesuai.

Menurut beliau, antara objektif penganjura­n adalah menyebarka­n maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan yang ada di Sarawak, khususnya institusi-institusi di bawah kelolaan kerajaan negeri Sarawak atau Yayasan Sarawak kepada pelajar.

Selain itu katanya, menyediaka­n khidmat kaunseling dan bimbingan kepada pelajar agar mereka mendapat bimbingan dalam membuat pilihan yang tepat ke arah membina bidang kerjaya yang sesuai dengan kelayakan yang ada.

“Mereka berpeluang mendaftark­an diri untuk memasuki institusi yang terlibat dalam ekspo ini kerana keputusan peperiksaa­n awam dijangka diumumkan pada 16 Jun ini.

“Ekspo ini akan menjadi platform terbaik untuk mereka mendapatka­n maklumat pendidikan terkini dan membantu mereka membuat keputusan dan pilihan yang terbaik,” katanya.

Menurut beliau, Yayasan Sarawak menyediaka­n peruntukan sebanyak RM10,000 kepada setiap pejabat daerah untuk mereka melaksanak­an ekspo di peringkat daerah masing-masing.

Pada keseluruha­nnya, ekspo akan membabitka­n perbelanja­an sebanyak RM430,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia