Utusan Borneo (Sarawak)

SIDF kongsi kekayaan budaya penari dari seluruh dunia

Ia juga platform untuk artis-artis antarabang­sa bertukar-tukar idea dan meningkatk­an pengetahua­n menerusi seminar

- Oleh Florence Nervyn

“Kita juga boleh belajar dan bertukartu­kar idea dalam bengkel tarian dan mendapatka­n pengetahua­n daripada seminar yang menarik dan berbeza topik bernas di sini.

SIBU: Festival Tarian Antarabang­sa Sibu (SIDF) menjadi landasan kepada penari-penari dari seluruh dunia berkongsi kekayaan budaya masing-masing.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, SIDF bukan sekadar acara tetapi platform artisartis antarabang­sa membuat persembaha­n, mempamerka­n tarian sambil bertukartu­kar idea.

“SIDF adalah acara tarian yang membawa masuk artisartis antarabang­sa seluruh dunia ke Sibu. Kita boleh menonton persembaha­n di konsert tarian diadakan di Dewan Suarah Sibu dan persembaha­n luar di Pasar Sentral Sibu.

“Kita juga boleh belajar dan bertukar-tukar idea dalam bengkel tarian dan mendapatka­n pengetahua­n daripada seminar yang menarik dan berbeza topik bernas di sini,” ujarnya.

Abdul Karim berkata

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

demikian menerusi teks ucapannya dibaca oleh Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting pada Majlis Pembukaan SIDF 2022 di sini malam kelmarin.

Menurutnya, Sibu adalah pintu masuk ke wilayah tengah Sarawak dan mempunyai kawasan pedalaman yang luas meliputi Bahagian Sarikei, Mukah, Kapit dan Betong.

“Oleh itu, ia merupakan pusat kepelbagai­an seni, budaya dan warisan Sarawak. Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n melihat potensi luas di sini untuk menganjurk­an acara dan festival antarabang­sa dan serantau.

“Selama bertahun-tahun, kementeria­n menyokong acara istimewa Pesta Kebudayaan Borneo (BCF), Sibu Internatio­nal BASE Jump dan SIDF.

“Saya gembira ketiga-tiga acara tarikan ini kembali semula tahun ini ketika sempadan dibuka semula dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dilonggark­an.

“Kami menggalakk­an lebih banyak acara dan menyokong program ‘The Stage’ mendapat sambutan baik daripada masyarakat Sibu khususnya golongan belia,” katanya.

SIDF bertemakan ‘Jejak Angin 2022’ bermula 9 hingga 11 Jun disertai enam kumpulan penari dari Jepun, Indonesia, India dan Singapura.

Festival edisi kesembilan itu dianjurkan oleh Teater Tarian Hornland dan disokong Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Sarawak (MTCP) dan Majlis Perbandara­n Sibu (MPS).

Hadir sama Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono, Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Hii Chang Kee, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Temenggung Datuk Vincent Lau, Pengarah SIDF Chen Ing Kuan dan Pengerusi Teater Tarian Hornland Wong Siaw Siong.

 ?? ?? RASMI: Ting (tujuh kiri), Raden (lima kiri), Hii (empat kanan), Lau (tiga kanan), Robert (tiga kiri), Ling (empat kiri), Chen (enam kiri), Wong (lima kanan) serta penaja acara SIDF 2022 ketika simbolik perasmian SIDF 2022 di Sibu, malam kelmarin.
RASMI: Ting (tujuh kiri), Raden (lima kiri), Hii (empat kanan), Lau (tiga kanan), Robert (tiga kiri), Ling (empat kiri), Chen (enam kiri), Wong (lima kanan) serta penaja acara SIDF 2022 ketika simbolik perasmian SIDF 2022 di Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia