Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Hakka Miri menuju era digital untuk tingkat pentadbira­n

-

Persatuan Hakka Miri sedang menuju ke arah era digital untuk meningkatk­an tahap pengurusan pentadbira­nnya yang lebih bijak dan sistematik.

Presidenny­a Dato Sri Lee Kim Shin berkata, persatuan ini juga akan menambah perkhidmat­an e-dompet SPay bagi mempercepa­tkan langkah untuk mengikuti perubahan zaman dan mengelak daripada ketinggala­n.

“Perkhidmat­an e-dompet SPay akan memudahkan urusan perkhidmat­an persatuan contohnya pembayaran yuran keahlian dan urusan pembayaran yang lain,” katanya ketika menghadiri mesyuarat bersama Ahli Jawatankua­sa persatuan tersebut di sini, baru-baru ini.

Selain itu, beliau turut menyaranka­n agar Pemuda Hakka Miri menubuhkan kumpulan belia berusia antara 18 dan 25 tahun untuk melatih mereka menjadi pelapis yang berkualiti pada masa hadapan selain bagi mengelak masalah mencari pengganti dalam persatuan pada masa akan datang.

“Perlu merekrut lebih ramai orang muda untuk menyertai persatuan dengan menubuhkan kumpulan belia yang ditetapkan berumur 18 hingga 25 tahun untuk menjadi ahli.

“Pada masa ini, Persatuan Hakka Miri hanya mempunyai 1,499 ahli, oleh itu saya menyeru persatuan ini mengambil lebih ramai lagi ahli untuk menyertai,” gesa beliau.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Pengangkut­an Sarawak berkata walaupun jumlah kes baharu dan kematian akibat COVID-19 di negara ini telah menurun dengan ketara, namun orang ramai masih dinasihatk­an untuk terus berwaspada dengan penularan virus tersebut.

“Kerajaan akan terus mengawal selia pemberian dos penggalak kedua bagi meningkatk­an imuniti dan kepada mereka yang berusia lebih 60 tahun yang masih belum menerima dos penggalak kedua boleh membuat janji temu melalui aplikasi MySejahter­a, di pusat vaksinasi yang ditetapkan, hospital dan klinik swasta,” ujarnya.

Di samping itu, beliau turut menasihatk­an orang ramai sentiasa memakai pelitup separuh muka bagi melindungi diri dan orang di sekeliling terutamany­a warga tua, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai imuniti rendah tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi.

 ?? ?? MESYUARAT: Lee (duduk empat kiri) bersama Ahli Jawatankua­sa Persatuan Hakka Miri semasa mesyuarat diadakan baru-baru ini.
MESYUARAT: Lee (duduk empat kiri) bersama Ahli Jawatankua­sa Persatuan Hakka Miri semasa mesyuarat diadakan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia