Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Jalinan Mesra RANDO Daro bertepatan sambutan Gawai Raya

-

Majlis Jalinan Mesra RANDO Daro amat sesuai sempena sambutan Gawai Raya yang baru sahaja diraikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahamad berkata, ia sebagai satu wadah meningkatk­an kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan kakitangan kerajaan tidak kira kerajaan persekutua­n, negeri, tempatan dan wakil rakyat.

“Pegawai kerajaan selaku pelaksana dasar diingatkan supaya sentiasa melaksanak­an tugas dan amanah dengan baik serta meningkatk­an kualiti perkhidmat­an kepada rakyat.

“Ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) selaku pemimpin di peringkat akar umbi dinasihatk­an supaya sentiasa mengemas kini pengetahua­n masing-masing dengan dasar-dasar kerajaan terutamany­a yang baharu supaya dapat membantu menyampaik­annya kepada rakyat,” jelasnya.

Katanya, inisiatif seperti Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) termasuk kelulusan rang undang-undang baru-baru ini di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) membuktika­n kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak berpandang­an jauh demi kepentinga­n generasi yang akan datang.

Terdahulu, Safiee menyempurn­akan perasmian Majlis Jalinan Mesra RANDO Daro anjuran Pejabat Daerah Daro, kelmarin.

Pada majlis yang sama, Safiee turut menyampaik­an sumbangan geran Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Daro, Jawatankua­sa Perayaan Keagamaan, MAKSAK Daerah Daro, PEMADAM Daerah Daro dan Jawatankua­sa Perayaan Daerah Daro melibatkan peruntukan berjumlah RM50,000.

Seterusnya menyampaik­an sumbangan set alat tulis kepada PDK Al-Syafie dan menyempurn­akan penyerahan sijil lantikan pelanjutan perkhidmat­an kepada empat orang ketua kaum dari Daro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia